Wednesday, March 19, 2008

FORUM PERDANA : PULAU PINANG.

TARIKH :
21 MAC 2008 (JUMAAT)

WAKTU :
9.00 MALAM (Selepas Isyak)

TEMPAT :
MASJID UMAR AL-KHATTAB, BANDAR BAYAN BARU
PULAU PINANG. (Bersebelahan Sunshine Square)

PANEL:
1. Y.Bhg Dato' Seri Anwar Ibrahim (Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia)

2. Y.B Sdr Fairus Khairudin (Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang)

3. Y.B Dr. Mujahid Yusuf Rawa (Ahli Parlimen Parit Buntar)

4. Y.Bhg Dr. Danial Zainal Abidin (Penasihat JIM Pulau Pinang)


Semua Rakyat Jelata Di Jemput Hadir...

*** Maklumat Akan di kemaskini dari semasa ke semasa.
*** Sila ikuti semua arahan pihak berkuasa dan Polis untuk melancarkan perjalanan program.

Monday, March 10, 2008

KENYATAAN RASMI TUN IR ABDUL MUIZ ABDUL WAHAB

KENYATAAN MEDIA
(Berhubung Keputusan Rasmi Piliharaya Umum Malaysia ke 12)

10 MAC 2008.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, pilihanraya umum Malaysia bagi penggal Parlimen ke -12 dan juga semua DUN kecuali Sarawak telah selamat disempurnakan. Keputusannya juga telah diketahui umum. Yang layak tersenyum sudah pun tersenyum dan yang layak menangis telahpun menangis. Maka yang tinggal hanyalah bagaimana kerajaan baru yang dibentuk samada di peringkat Nasional atau diperingkat Negeri akan melaksanankan amanah yang iterima daripada rakyat dalam menzahirkan segala janji dalam manifesto yang telah diajukan kepada rakyat semasa tempoh berkempen yang lalu.

Keputusan kali ini bukanlah satu kejutan yang besar bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan politik tanahair secara menyeluruh dan bukan berpihak. Tapi manifestasi rakyat terhadap parti memerintah kali ini nampak sedikit ekstrim dan diluar jangkaan banyak pihak mungkin kerana mereka kurang memberikan tumpuan kepada hampir 40% pengundi senyap (silent voters) yang tidak menunjukkan sebarang sikap berpihak kepada mana-mana parti. Golongan ini pada hemat saya yang sebahagian besarnya terdiri dari golongan berbangsa Tionghua merupakan penyumbang terbesar kepada kemenangan pihak pembangkang kali ini. Kebimbangan terhadap silent voters ini pernah disuarakan oleh Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon sebelum ini yang pada pendapatnya mampu memberi kebaikan dan mungkin juga keburukan kepada parti memerintah.

Dalam pada itu, kelemahan yang ada pada ketua parti pemerintah juga menjadi salah satu faktor penentu kepada kekalahan besar mereka pada kali ini. Kegagalan pertama yang saya perhatikan sejak selepas berjaya mendapat mandat besar 4 tahun lalu ialah mengekalkan pemimpin lama yang sebahagiannya mempunyai rekod peribadi yang buruk termasuk rasuah, salah guna kuasa, nepotisma dan kronisma serta beberapa masalah peribadi dan moral. Ini diketahui oleh rakyat secara umumnya melalui maklumat alternatif parti pembangkang. Apabila kabinet pemerintah ditubuhkan pada tahun 2004 lalu, rakyat kecewa kerana mereka ini masih dikekalkan. Dan lebih membuatkan rakyat marah, pemimpin yang korup ini terus dicalonkan dalam pilihanraya umum ke -12 ini di kerusi-kerusi yang dianggap selamat seolah-olah tiada muka baru lagi yang layak menggantikan mereka.

Seterusnya kegagalan menguruskan ekonomi dengan baik juga menjadi faktor yang besar dalam PRU kali ini. Rakyat secara umumnya telah merasai keperitan dengan kenaikan harga minyak, makanan, tol-tol lebuhraya yang banyak serta barangan keperluan yang lain. Umum arif mengenai gaya perbelanjaan parti pemerintah yang nampak sangat boros dan kurang hikmah. Sudah pasti media-media arus perdana tidak melaporkan kesemua ini, tapi media-media alternatif termasuk blog-blog telah banyak menyiarkannya dan dipihak kerajaan memerintah pula tidak menafikannya malah hanya berdiam diri. Ini menyebabkan rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap gaya kepimpinan mereka. Keuntungan bersih Petronas sebanyak RM 80 Billion antara yang banyak dipersoalkan tentang bagaimana ia diuruskan. Pada zaman mantan TPM yang dipecat Datuk Seri Anwar Ibrahim, keuntungan Petronas ketika itu hanya sekitar 30 Billion namun harga minyak berjaya dikekalkan selama 8 tahun di paras RM 1.10/liter. Seharusnya keuntungan yang hampir 3 kali ganda kini dapat diterjemahkan kepada harga minyak yang lebih rendah. Percubaan parti memerintah memperbodohkan rakyat nampak gagal apabila membandingkan harga minyak Malaysia dengan negara-negara asia yang bukan pengeluar minyak. Seharusnya harga minyak kita dibandingkan dengan Arab Saudi, Qatar atau sekurang-kurangnya Brunei yang merupakan negara pengeksport minyak seperti kita.

Selain itu 'muak' rakyat Malaysia terhadap kempen melampau dan sangat berat sebelah parti pemerintah yang menggunakan jentera kerajaan secara besar-besaran serta media arus perdana dan menyalahgunakan RTM sebagai stesyen televisyen kerajaan mungkin telah diterjemahkan melalui undi protes pada PRU kali ini. Bagi yang mengikuti perkembangan melalui media arus perdana, pasti tidak menjangka langsung kejatuhan 5 negeri sekaligus kepada pembangkang mampu berlaku. Ini kerana perspektif yang cuba digambarkan oleh media perdana Malaysia sepanjang 13 hari tempoh berkempen adalah sangat manis dan teguh buat parti memerintah. Disebabkan itulah saya menyatakan dalam perenggan awal kenyataan ini bahawa ia akan menjadi satu kejutan yang besar andai seseorang hanya mengikuti perkembangan secara berpihak. Walaupun jentera parti memerintah, setelah melaburkan dana yang banyak, berjaya menenggelamkan bendera-bendera parti pembangkang, tapi itu bukan lagi sesuatu yang menentukan menang kalah sesuatu parti. Kematangan rakyat telah mencapai tahap membanggakan dan tiada lagi yang mempercayai provokasi liar parti pemerintah yang memainkan unsur ketakutan untuk rakyat membuat perubahan. Rakyat kini telah terdedah kepada informasi yang bukan sedikit, bahkan tidak mampu dibendung lagi.

Keegoan dan kesombongan si ego dan si sombong telah mendapat balasan setimpal dari rakyat. Yang bercakap besar dan tidak pernah mahu mengaku kesalahan diri sendiri telahpun ditunjukkan jalan keluar. Yang baru dan telah mempersembahkan idealisma mereka pula kini diberi peluang menerajui kepimpinan beberapan negeri. Kini barisan pembangkang bukan lagi 'Barisan Pembangkang Biasa'... Mereka kini menerajui 5 daripada 13 kerajaan negeri dimana Negeri Sembilan juga hampir-hampir jatuh ke tangan pembangkang. Ia pastinya memberi teladan yang tidak sedikit buat kepimpinan utama parti pemerintah walaupun misi utk melihat mereka memberi laluan kepada orang lain agak mustahil. Apapun istilah yang digunakan samada tsunami, taufan, kegoncangan, angin peralihan, proses kematangan, sejarah dan kejutan... kita sendiri mampu berfikir mengenainya impaknya.

Nama-nama besar dalam barisan kabinet kerajaan memerintah penggal lalu gugur satu-persatu. Saya secara peribadi melihat perkembangan ini lebih kepada sentimen nasional. Ia bukan sepenuhnya disebabkan oleh personaliti mereka itu sendiri. Saya bersetuju ada diantara bekas Menteri dan Timbalan Menteri yang kalah ini telah berkhidmat dengan baik kepada rakyat; namun apabila sentimen nasional ini bermain kencang disesuatu kawasan contohnya di Lembah Kelang, maka mereka terpaksa menerima tempiasnya. Namun, bagi Pulau Pinang secara khususnya, saya merasakan ia sesuatu yang membina walaupun pada dasarnya DAP bukanlah parti yang menjadi pilihan langsung. Harapan saya PKR dapat memainkan peranan terbaik bagi mengimbangi idealisma pakatan kerajaan baru supaya lebih stabil dan sesuai serta turut cuba untuk melibatkan seorang ADUN PAS dalam barisan kepimpinan yang akan dibentuk kelak sekurang-kurangnya sebagai pemegang portfolio agama dan hal ehwal orang melayu melihatkan pengalaman beliau yang lama dalam DUN Pulau Pinang.

Suara rakyat telahpun bergema menzahirkan keinginan dan harapan baru untuk Malaysia... Saya doakan semoga corak kepimpinan dalam negara yang tercinta ini akan berubah secara drastik setelah diwujudkan check and balance yang kuat hasil keputusan majoriti rakyat. Buat pengkagum Parti Pemerintah, anda boleh memulakan intaian dan analisa anda tentang kebolehan dan kemampuan kerajaan baru di 5 negeri utara tanahair kita.. Akhirnya, marilah sama-sama kita bersatu kembali dan bermuhasabah serta menguatkan tekad untuk bersama membangunkan negara ini dengan lebih BERSIH, ADIL, AMANAH, CEKAP, TELUS dan HIKMAH.


Wallahua'lam


Tun Ir. Abdul Muiz Abdul Wahab
B. Eng (Biotechnology), IIUM
Minor Business Administration (IIUM)
-10 MAC 2008-
Pulau Pinang, Malaysia.


Friday, March 07, 2008

PRU 12: It's a final COUNTDOWN..!!!

AWAS..!!!
SEGALANYA MAMPU BERLAKU MALAM INI...
Perang Pasikologi Tahap AKHIR...!!!
Bukalah MINDA Seluasnya..
Jika anda rasakan anda berjuang atas LABEL ISLAM.. Jaga AKHLAK...!!!
Jauhi sentimen ala JAHILIAH dengan menerima CERCAAN peribadi dan MAKI hamun...
Jangan TAKSUB..!!
Jangan TAKSUB..!!
Jangan TAKSUB..!!
Sesungguhnya ia menghijab kehebatan minda insan..
Ingat Pesan Allah di dalam Al-Quran:
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." (AL-MAIDAH, 8)
Pilih yang BENAR.. Pilih yang TEPAT.. Pilih Pemimpin yang 'Qawwiyun Amin*'...
Ikutlah apa yang digariskan oleh SYARIAT...
Semoga UNDI saya dan anda semua ada nilainya disisi ALLAH Jalla Wa'ala...
* - Yang mempunyai kekuatan/kelayakan/kebolehan dan yang benar/jujur/bersih.
P/S: Warkah ini hanya utk yang LAYAK mengundi.. Golongan selain itu tak perlu ambil pusing sangat.. hehe.. ;)
- JOM TAJDID -

Tuesday, March 04, 2008

PILIH CALON BUKAN PARTI...! - S.S. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Mufti Perlis)


"Saya tidak bersetuju mengundi hanya berdasarkan jenama parti semata. Ini adalah cara fikir yang menghalang proses kemajuan negara. Akhirnya, rakyat menjadi fanatik parti dan tidak menggunakan lagi akal fikiran menilai siapakah yang diundinya. Jika semua pengundi berfikiran demikian maka tidak akan berlaku persaingan kualiti calon. Ini boleh menyebabkan ‘si bodoh’ atau ‘perasuah’ atau orang yang rendah moralnya akan terpilih dek kerana parti yang diwakilinya. Ini adalah cara fikir yang tidak berdaya saing dan jumud."

S.S. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Mufti Kerajaan Negeri Perlis


Lanjut di sini:




Pesanan Khidmat Masyarakat dari:

Kalau anda ada taste, anda mesti pilih yang ASLI..!!!

JOM TAJDID...!!!

Monday, March 03, 2008

"TOLONG JANGAN UNDI SAYA...!!!

"TOLONG JANGAN UNDI SAYA...!!! Tolong yer.. TOLONGGGG...!!! "
- Dato' Pirdaus Ismail -

Satu lagi pesanan khidmat masyarakat daripada..

Gambar Dan Idea Asal Ehsan: www.al-ahkam.net/zain-ys