Salamun 'ala manittaba'al huda..
Alhamdulillah.. Kita diberi kesempatan oleh Allah Jalla Wa'ala utk terus menikmati hidup sebagai insan kamil di dunia ini.. Dengan perintah, supaya manusia beribadah kepadaNya..
Telah diwajibkan puasa sepertimana diwajibkan kepada umat-umat terdahulu sebelum kita dengan matlamat akhir moga-moga ia membawa diri, jiwa dan nurani lebih dekat kepada Rabbul Jalil..
Taqwa bukan sesuatu yang mudah diperoleh.. Ia hasil usaha besar dengan menjadikan nafsu serakah insan sebagai taruhan.. Nafsu disalai dan ditekan supaya tunduk pada arahan dan syariat yang telah dijelaskan melalui Al-Quran dan Sunnah.. Akhirnya apabila segala perintah Allah dijunjung di atas melebihi segalanya manakala laranganNya pula diwaspadai dengan sepenuhnya, maka itulah puncak kegemilangan yang disebut TAQWA yang sempurna..
Maka atas kapasiti insan yang sering lupa dan sangat lemah minda dan tahap ilmunya.. marilah kita memperbanyakkan doa kepada Allah
“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah." (Surah al-Baqarah, ayat 286).
Namun ia bukanlah alasan utk tidak menggunakan akal fikiran yang agung kurniaan Allah dengan sempurna.. Kekadang bukan manusia ini lupa sangat.. tapi kurang menggunakan akalnya... Maka marilah sama2 kita menguatkan azam menjadi hamba berTAQWA kepada Allah yang telah memberi hidayah Islam kepada kita... Kerana sesungguhnya yang paling mulia disisi Allah adalah manusia yang paling bertqwa dikalangan kita..
Salam 'Eidul Fitri
Kullu 'amin wa antum bikhair..
Taqabbalallahu Minna Waminkum..
Ikhlas:
Abdul Muiz Hj. Abdul Wahab @ ibnularaby...
Kulim Hi-Tech Park,
Kedah Darul Aman