AKU RELA…
Telah ku benarkan nama dan diri menjadi sasaran
Kerana cinta, aku berkorban
Telah ku rela tohmahan bermahajalela
Kerana cinta, aku terpaksa
Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta…
Biarku tanggung rasa derita..
Asalkan agama, selamat akhirnya..
Yang membantah, hanya berfalsafah..
Kerana bimbang suapan harian
Dengan menjual nama tuhan..
Lalu kebenaran disingkirkan,
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya
Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini.. aku bahagia
Kerna..
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga
Oleh: SS. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.
Mufti Kerajaan Negeri Perlis
Kementerian Kesihatan Gaza: 10,899 Wanita Dalam Usia Reproduktif Terkorban
Pada 2025
-
Jumaat, 23/10/2026 – Kementerian Kesihatan Palestin di Semenanjung Gaza
telah menerbitkan Laporan Tahunan Kesihatan Ibu dan Anak 2025 yang
mendedahkan pe...
2 days ago
1 comment:
Sungguh indah kata2nya.. Penuh dgn isi yang tersurat dan tersirat.. Moga Allah beri kekuatan kpd SS Dr. MAZA untuk terus berjuang...
Post a Comment