Monday, September 24, 2007

Menangani Perbezaan Mazhab... Jika ditanya pandanganku..!

Lama rasanya tak masukkan coret2 sendiri dalam blog nih..
Maybe korang kat Silterra tahu betapa sibuk dan menyibuknya aku kat office facilities nih.. Hehe.. Itulah penghalang utamanya..!

And kat umah plak ada tanggungjawab sosial yg perlu dipenuhi.Anyway alhamdulillah.. semuanya nampak berjaan lancar.. seperti yg di rancang.. Cuma ada satu saja yg tersasar.. Tempoh akhir aku kat sini.. Hehe.. Jangan terkezut..

Namun, bukan itu yang nk dicoretkan dalam catatan ringkas ini, itu kita bole cerita kemudian di waktu lapang yang akan datang. Kali ni jom kita tengok jap salah faham kita terhadap konsep mazhab dalam Islam. Aku rasa aku bukanlah orang yang paling layak membincangkan isu ini, tapi sekadar perkongsian, diharap yang salah diperbetulkan dan betul boleh dijadikan iktibar bersama.. (Dato' Nazri and Dr Illi, tolong betulkan apa2 patut ek..!)

Samada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya telah banyak menghukum mazhab kerana pengikut mazhab termasuklah aku jugak satu ketika dulu. Keadaan ini samalah seperti org bukan muslim yang secara total menghukum Islam kerana perilaku org Islam sendiri. Kita marah.. namun itulah hakikatnya.. Hope sume bole faham hal nih. Inilah yang menjadi satu cabaran yang sangat besar yang dihadapi oleh para dai'e dan para ilmuan Islam untuk mengembalikan kepercayaan org bukan Islam kepada Islam dan tiada cara lain untuk kembali melainkan Muslim mesti berusaha mencari Islam yang sebenar berlandaskan wahyu tuhan dengan kefahaman para salafussoleh. Mungkin corak pendidikan agama kita yang sudah jauh lari dari menekankan aspek dalil dan nas dalam beragama menyebabkan org Islam hari ni banyak menggunakan akal saja dalam menentukan baik buruk dalam agama. Apabila kita menyatakan sesuatu perbuatan mereka tiada dalil daripada Quran dan Sunnah atau para sahabah, maka jawapan streotype yang sering diterima ialah "bukankah baik perkara ini..." "Bukankah orang2 tua kita telah mengamalkan hal ini berkurun lamanya.." dan sebagainya.

So pada pandangan saya yang fakir nih, apabila berlaku sesuatu perbezaan antara amalan kita dengan amalan mazhab yang lain, maka perkara utama yang perlu diletakkan didalam diri adalah bersangka baik dengan muslim itu. Pada dasarnya, aku yakin kita boleh menerima semua mazhab andainya kita kembali kepada tradisi keilmuan yang diajarkan oleh Islam iaitu menilai sesuatu perbuatan dengan dalil dan tidak menilai peribadi pelakunya.

Dan pada peringkat kita yang kurang mempunyai sumber2 rujukan mazhab yang 4 itu, maka bertanya adalah lebih utama sebelum menghukum. Namun begitu secara umumnya keempat2 mazhab dalam Islam ini adalah diterima kerana khilaf dikalangan mereka adalah khilaf yang muktabar kerana masing2 menghidangkan dalil yang sahih untuk menyokong pendapat mereka dan maka dengan itu mereka diakui sebagai imam ahlussunnnah wal jamaah. Tinggal lagi apakah pengikut mazhab itu memahami dan mengikuti mazhabnya secara menyeluruh 100% atau sekadar mengikut apa yang diwarisi dari orang2 tua dahulu sahaja. Inilah yang penting untuk ditangani pada zaman ini.

Alhamdulillah, kesedaran untuk kembali membicarakan agama berdasarkan nas dan dalil yang sahih semakin berkembang. Ramai tokoh2 umat kontemporari sudah mula memberi fukos dalam hal ini. Maka umat Islam terutama golongan muda seperti kita harus menyokong gerakan tajdid ini. Gerakan pembaharuan ini bukanlah membawa maksud memperbaharui agama, tetapi ia lebih kepada mengembalikan agama dengan rupa dan wajah asal sesuai dengan nas dan dalil serta amalan para sahabah ridwanullah alaihi ajmain. Ia juga menekankan manhaj/ cara fikir agama yang lebih jelas kerana kita semua bersetuju bahawa Islam adalah agama wahyu. Apabila kita membicarakan soal agama wahyu ini, maka asasnya adalah Al-Quran dan Sunnah; bukan pemikiran manusia. Andainya pemikiran manusia dibenarkan berleluasa sehinga menjajah agama wahyu, maka tungulah nasib agama Islam yang mulia ini pasti akhirnya akan menjadi seperti yahudi dan nasrani sahaja.

Moga ada manfaatnya..

Menjawab beberapa persoalan Dr Illi berkenaan perbuatan ketika solat, Solat Eid dan Zakat fitrah, wallhuta'ala a'lam. Secara ringkasnya, mendukung anak atau bayi mmg pernah dilakukan oleh Nabi SAW. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abi Qatadah “ Sesungguhnya Nabi S.A.W pernah bersembahyang dalam keadaan beliau mendukung Umamah Bt. Zainab. Apabila beliau ruku', diletakkannya dan apabila baginda bangun didukungnya kembali. (Riwayat Bukhari dan Muslim). Maka sebenarnya perbuatan itu tidaklah salah berdasarkan hadis sahih diatas. Kita mungkin jarang melihatnya disini namun itulah keluasan dan kemudahan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sendiri kepada kita.

Regarding waktu solat Eid, dalam hadis yang menceritakan akan masa solat eid ini, adalah diriwayatkan bahawa ia boleh dilakukan bermula selepas solat subuh sehingga sebelum gelincir matahari. Dan pada kebiasaannya bagi hari raya Aidil Fitri, Nabi akan mula solat apabila matahari sudah naik pada kadar ketinggian 2 galah dan pada Aidil Adha pula Nabi melakukannya lebih awal sedikit sekadar 1 galah. Walaubagaimanapun selagi matahari belum gelincir maka solat sunat hari raya sah diadakan.

Samada boleh dilakukan beberapa kali atau tidak, harus dilihat akan tujuan ia dilakukan. Islam adalah agama yang mudah. Ia tidak akan menyukarkan manusia. Pada pandangan aku ada 2 sebab kemungkinan ia dijadualkan sebegitu rupa, pertama ialah untuk membolehkan kebanyakan dari orang tempatan keluar bersolat pada waktu yang mereka paling selesa (Tiada urusan kerja) dan kedua ialah berkemungkinan kapasiti tempat tersebut yang kecil dan perlu dilakukan beberapa kali.

Berkaitan zakat fitrah pula, ia adalah urusan individu. Andainya seseorang itu memilih melakukan solat pada sessi kedua contohnya 10am, maka dia boleh menunaikan zakatnya sebelum pukul 10 itu wlaupun sebahagian orang sudahpun menyempurnakan solat sebelum pada pukul 8.30 am. Kerana pada zahirnya, kewajipan seseorang membayar zakat fitrah adalah sebelum dia menyempurnakan solat sunat eid; bukannya sebelum komuniti tempat tersebut menunaikan solat eid.

Wallahuta'ala Al'lam

19 comments:

mr fotografer said...

Trm ksh kpd Tun Abd. Muiz atas pandangan yg begitu jelas & meyakinkan. Sememangnnya itulah yg diharapkan drp golongan muda kita, bkn saja hebat dalam bidang profesional msg2, mlh dlm membincangkan hal2 agama dengan berpandukan al-Qur'an & as-Sunnah. Sy amat bersetuju dgn apa yg diperkatakan. Bukan sj dpt refresh apa yg dipelajari sblm ni, malah ada bbrp pkr yg sy br tau setelah membaca pandangan tersebut.

Insya Allah, akan kucoret sesuatu jg dlm hal ni sekadar yg termampu. Sila semak smbungan di mohdnazriey.blogspot.com:-)

ibnul'araby said...

Thanks Dato' @ Ustaz Nazri... Waiting to read your comment on the issue.. Ulama' hadis cam Ust Nazri nih mesti lebih manthop.. huhu..

Moga2 perkongsian ni walaupun bersifat agak santai* mampu memberi sedikit kalaupun tak banyak manfaat utk kita sume..

* santai - santai disini membawa maksud penulisan yang ringan berdasarkan pendapat penulis sahaja tanpa disertakan dalil qat'ie yang disertakan sumber rujukan.

Illi Puad said...

Thank you to both of u for the comments.hmm...actually aku xpernah berniat nk menghukum pengikut2 mazhab yg lain.cume mayb disebabkn ilmu aku yg belum mendalam lg tentang perkara mcm ni, aku mudah membuat kesimpulan dan andaian sndiri..

betul ckp ustaz nazri.ade beberapa perkara yg tun muiz tulis tuh aku pn br je tau...tentang Rasulullah pegang anak dia ketika solat aku penah dgr jg dulu tp aku dh lupa..huhu...bile ko citer balik, br teringat..

okies dokies..terima kasih skali lg kerana berkongsi pendapat ye.. ^_^

ibnul'araby said...

Illi.. sorry kalau ada yg terkasar ke atau tersilap faham.. Aku tak bermaksud untuk menyatakan ko menghukum mazhab. Cuma aku bagi pandangan secara general yg berlaku pada kita org Islam hari ini dalam mendepani persoalan mazhab termasuk aku sendiri.

Pengalaman aku lagi teruk. Masa sekolah menengah dulu, aku siap menjauhkan diri lagi dari sorang Pakcik yang bermazhab hanbali semata2 kerana dia, waktu orang baca qunut dia tak angkat tangan. Betapa kejamnya aku pada saat tu.. huhu.. Tapi skarang nih aku dah bole terima bahawa ia adalah pandangan mazhab dan sesuatu pandangan Imam mazhab yang 4 tu kebanyakannya bersandarkan dalil yang kuat. So sebagai orang awam, kita boleh mengikut mana2 mazhab yang kita yakini dalilnya.

Cumanya yang macam org pompuan solat nampak kaki tu wallhua'lam. Aku tak pernah come across any discussion ttg bab tuh. Yang aku pasti jumhur ulama bersetuju menyatakan aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan; walaupun ada yang berbeza pandangan samada muka wanita tu aurat atau tidak. Maybe Dr. Illi lebih ariff ttg perbincangan nih..

So once again sorry kalau aku kurang berhikmah dalam penulisan nih..

Salam.. :)

Illi Puad said...

It's ok Tun Muiz ;) xde pape lah...aku tau ko xbermaksud cmtuh..biasa lah kn kalo kite baca tulisan org ni, ekspresi org itu kite xfaham..mayb kita baca intonasi tulisan itu dgn nada yg salah..jd salah fhm mungkin akn berlaku..itulah kelemahan berbincang secara maya ni kn...huhu..jgn lah ko rs bersalah plak...no harm done, brother!relax...keep it up...byk manfaatnye discussion mcm nih...menambahkan ilmu aku yg xseberapa ni...uhuk..uhuk..

mr fotografer said...

Bagus2 anak-anak bapak bdua ni..hehe:-))

Teruskan..teruskan!!

ibnul'araby said...

Thanks Dr Illi.. It's a real relief.. Huhu.. :) I agree with you, perbincangan maya ni amat mudah disalahtafsir. Tambah plak bila ia menyentuh bab pendirian and amalan agama. Ia sesuatu yg sensitive. Kita tak maksum.. masing2 bebas dinilai.. Cuma aku takut tulisan aku akan mencederakan hati rakan2 aku disebabkan kurang berhati2 aku dalam penulisan nih.. Dha le bulan pose plak kan.. ;p

Anyway.. Harap perkongsian nih boleh jadik 2 hala supaya kita boleh mendapat manfaat bersama. Kalau ada yang tak setuju ke bole je kritik. Selagi kita bernama manusia, fikiran kita terbatas. Perkongsian fikiran melengkapkan lompong2 dalam minda insan...

Salam Hormat..

ibnul'araby said...

Eh.. bapak sape plak tu masuk blog nih? huhu..

Welcome Uncle.. huhu.. ;p

Thanks for your support..!

Anonymous said...

Tun Abdul Muiz..
Satu penulisan yang menarik dan bermanfaat, mudah untuk memahami betapa seharusnya kita 'berlapang dada' sesama muslim, sebagaimana Imam Syafie berlapang dada dengan Imam2 yang lain.
As for tidak menutup kaki untuk wanita ketika solat tu, memang wujud pendapat membenarkan tidak menutup kaki, tetapi pendapat itu bukanlah khilaf majoriti ( aku tak pasti dalilnya, kene study dulu). Saranan terbaik adalah menutupi kaki, to be on the safe side. Wallahualam

ibnul'araby said...

Salam Ismi..
Eh.. ismi ke? or hadafi ke? or hua hadafi ke? huhu..

Thanks for spending ur time in my blog.. Ko tanak join da club ke.. Tulis la something.. Boleh sharing gak kan..hehe ;p

Hope to read your blog one day.. Fikiran kita boleh dicambahkan lagi dengan cara penulisan gak kan.. Coz bila kita menulis kita akan berfikir dan berfikir bukan sekali malahan berkali2.. That's what I realize la..

Good Luck..!

Anonymous said...

huhuhu.... aku baru start menulis blog, tp sogan nk war2kan... huhuh
mmg aku setuju, dgn penulisan idea bercambah...

ismihuahadafi -
namaku adalah sasaranku @
firdaus adalah sasaranku... heheh kenal dah? bukan ismi, bukan hadafi..

mr fotografer said...

Hmm..welcome Firdaus!! Hope to know u more, so that we can share something together, with the guides from Br. Tun Abdul Muiz..hehe.

Anyway Tun, some of ur sentences have dragged my attention..in paragraph 2.. "Cuma ada satu saja yg tersasar.. Tempoh akhir aku kat sini.. Hehe.. Jangan terkezut..". So what's d meaning, huh?

<<-Keliru mencari pasti->>

ibnul'araby said...

Ohh.. Firdaus @ Sasaranku..!
Salam pertemuan.. Alaaa.. Apa nk disegankan.. At least kita menulis gak compared to others muda mudi sebaya dengan kita.

Cuma bila publish kat tempat umum nih, kita perlu la jugak bersedia menerima kritikan. That's for our own good gak kan..

Aku personally appreaciate kalau ada orang sudi kritik tulisan aku..Atau apa yang aku share dalam blog nih. Coz kalau tidak, kita akan expect semua yang kita fikir selama ni betul la kan.. Tapi of course la kritikan yang berasas dengan hujah la kan.. Bukan emosi je.. Atau bak kata orang kritikan membina..Huhu..

Nyway kalau sudi kongsilah blog saudara disini.. At least bole berkenalan dengan lebih dekat lagi..

ibnul'araby said...

Dato' Nazri..
Perlu ke didescribekan detailnya disini.. Huhu.. ;p

Anyway to make it short, I think my close friends knows my aims after 1-2 years as engineer nih. Aku takkan berada selamanya di kerusi empuk ni sbg engineer.. And I aim to change profession after gaining some experience here..(Dato', U should know my next step right!) It just that before I draft my resignation letter, my senior engineer send me one tragic message (sms) which sound like this..

"Muiz, just to inform you that this evening I just tender my letter to Asyraf"

Ia suatu yang sungguh mengejutkan. Dalam usia ku yang belum sampai setahun kat Silterra, aku akan bergerak dan decide sendiri on this system.

The actual plan sebenarnya, surat tu akan dihantar ke meja manager ku selepas genap setahun ku berada di Silterra nih.. Tapi apakan daya.. huhu.. dah macam cerpen rojak la plak.. ;p

Tapi insyaAllah sasaran baru telah ditetapkan dan akan mula dilaksanakan pada minggu depan bila new senior engineer masuk..

Clear Dato'? Haha.. ;p

mr fotografer said...

Ooo...mcm tu ceritanye.. dah ada dgr2 jgk sblum ni, ingatkan ada plan lain bila bc yg tu.

takpe2, turunkan ilmu yg secukupnya kpd senior engineer yg baru tu, biar khatam dulu. baru boleh nak tggalkan dia. tidaklah terkontang-kanting dia kat sn.

Kita kena berperimenahusiaan jgk. Yela, nak dpt keje pun bukan sng. tak sepatutnya lah tetiba je nak gi camtu..huhu.

Thanks!!

ibnul'araby said...

Hahaha.. turunkan ilmu kepada Senior Engineer..? Tak layak benor rasanya.. ahahha. ;p Dia la sepatutnya turunkan ilmu pada ku..!

Nyway just system information sharing la kot.. Operationwise dia dah expert.. Coz treatment system from each company are different.. And spec yang nk achieve pn berbeza.. Tu je lah.. huhu..

Anonymous said...

Tun Ir.! patik masih kurang paham lagi... huhhhuh
marilah bersama kami meneruskan pelajaran... uhuhuh

ibnul'araby said...

Dr Firdaus, actually saya tgh dalam fasa pertama apply untuk academic post. U mana masih belum boleh dihebahkan buat masa nih atas sebab2 keselamatan negara. InsyaAllah bila semuanya terkawal akan saya war-warkan kepada anda sume diluar sana.. Hooho..

InsyaAllah, kalau diterima, paling awal saya akan resign bukan 8 la kot. Tapi kalau ada keperluan mendesak saya bersedia revise plan tu balik. Kalau boleh nk complete 2 years experince dulu la baru nk terjun ke dunia lain bersama Dr dan rakan2 lain..

Doa-doakan jugak ye..

Ok? Ada part mana tak paham lagi?

Cheers..!

Anonymous said...

Good dispatch and this fill someone in on helped me alot in my college assignement. Thanks you as your information.