KENYATAAN MEDIA
(Berhubung Keputusan Rasmi Piliharaya Umum Malaysia ke 12)
10 MAC 2008.
10 MAC 2008.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, pilihanraya umum Malaysia bagi penggal Parlimen ke -12 dan juga semua DUN kecuali Sarawak telah selamat disempurnakan. Keputusannya juga telah diketahui umum. Yang layak tersenyum sudah pun tersenyum dan yang layak menangis telahpun menangis. Maka yang tinggal hanyalah bagaimana kerajaan baru yang dibentuk samada di peringkat Nasional atau diperingkat Negeri akan melaksanankan amanah yang iterima daripada rakyat dalam menzahirkan segala janji dalam manifesto yang telah diajukan kepada rakyat semasa tempoh berkempen yang lalu.
Keputusan kali ini bukanlah satu kejutan yang besar bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan politik tanahair secara menyeluruh dan bukan berpihak. Tapi manifestasi rakyat terhadap parti memerintah kali ini nampak sedikit ekstrim dan diluar jangkaan banyak pihak mungkin kerana mereka kurang memberikan tumpuan kepada hampir 40% pengundi senyap (silent voters) yang tidak menunjukkan sebarang sikap berpihak kepada mana-mana parti. Golongan ini pada hemat saya yang sebahagian besarnya terdiri dari golongan berbangsa Tionghua merupakan penyumbang terbesar kepada kemenangan pihak pembangkang kali ini. Kebimbangan terhadap silent voters ini pernah disuarakan oleh Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon sebelum ini yang pada pendapatnya mampu memberi kebaikan dan mungkin juga keburukan kepada parti memerintah.
Seterusnya kegagalan menguruskan ekonomi dengan baik juga menjadi faktor yang besar dalam PRU kali ini. Rakyat secara umumnya telah merasai keperitan dengan kenaikan harga minyak, makanan, tol-tol lebuhraya yang banyak serta barangan keperluan yang lain. Umum arif mengenai gaya perbelanjaan parti pemerintah yang nampak sangat boros dan kurang hikmah. Sudah pasti media-media arus perdana tidak melaporkan kesemua ini, tapi media-media alternatif termasuk blog-blog telah banyak menyiarkannya dan dipihak kerajaan memerintah pula tidak menafikannya malah hanya berdiam diri. Ini menyebabkan rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap gaya kepimpinan mereka. Keuntungan bersih Petronas sebanyak RM 80 Billion antara yang banyak dipersoalkan tentang bagaimana ia diuruskan. Pada zaman mantan TPM yang dipecat Datuk Seri Anwar Ibrahim, keuntungan Petronas ketika itu hanya sekitar 30 Billion namun harga minyak berjaya dikekalkan selama 8 tahun di paras RM 1.10/liter. Seharusnya keuntungan yang hampir 3 kali ganda kini dapat diterjemahkan kepada harga minyak yang lebih rendah. Percubaan parti memerintah memperbodohkan rakyat nampak gagal apabila membandingkan harga minyak Malaysia dengan negara-negara asia yang bukan pengeluar minyak. Seharusnya harga minyak kita dibandingkan dengan Arab Saudi, Qatar atau sekurang-kurangnya Brunei yang merupakan negara pengeksport minyak seperti kita.
Keegoan dan kesombongan si ego dan si sombong telah mendapat balasan setimpal dari rakyat. Yang bercakap besar dan tidak pernah mahu mengaku kesalahan diri sendiri telahpun ditunjukkan jalan keluar. Yang baru dan telah mempersembahkan idealisma mereka pula kini diberi peluang menerajui kepimpinan beberapan negeri. Kini barisan pembangkang bukan lagi 'Barisan Pembangkang Biasa'... Mereka kini menerajui 5 daripada 13 kerajaan negeri dimana Negeri Sembilan juga hampir-hampir jatuh ke tangan pembangkang. Ia pastinya memberi teladan yang tidak sedikit buat kepimpinan utama parti pemerintah walaupun misi utk melihat mereka memberi laluan kepada orang lain agak mustahil. Apapun istilah yang digunakan samada tsunami, taufan, kegoncangan, angin peralihan, proses kematangan, sejarah dan kejutan... kita sendiri mampu berfikir mengenainya impaknya.
Suara rakyat telahpun bergema menzahirkan keinginan dan harapan baru untuk Malaysia... Saya doakan semoga corak kepimpinan dalam negara yang tercinta ini akan berubah secara drastik setelah diwujudkan check and balance yang kuat hasil keputusan majoriti rakyat. Buat pengkagum Parti Pemerintah, anda boleh memulakan intaian dan analisa anda tentang kebolehan dan kemampuan kerajaan baru di 5 negeri utara tanahair kita.. Akhirnya, marilah sama-sama kita bersatu kembali dan bermuhasabah serta menguatkan tekad untuk bersama membangunkan negara ini dengan lebih BERSIH, ADIL, AMANAH, CEKAP, TELUS dan HIKMAH.
Wallahua'lam
Tun Ir. Abdul Muiz Abdul Wahab
B. Eng (Biotechnology), IIUMMinor Business Administration (IIUM)
-10 MAC 2008-Pulau Pinang, Malaysia.
2 comments:
Alhamdulillah, PRU 12 berjalan lancar. Kita telah berusaha sebaik mungkin, pilihan adalah hak kita sbg rakyat, dan akhirnya sagalanya kita serah pd yg Esa, kerana Dia yg Maha Tahu yang mana lebih baik utk kita semua.
Dengan perubahan yg berlaku ni, mudah2an pihak kerjaan akan lebih membuka mata & sedar akan kepentingan rakyat tanpa dibeza2kan lgsung. Barisan pembangkang yg kuat juga diharapanya akan mampu mengimbangi kuasa pemerintah, agar kebajikan rakyat akan terus terpelihara.
Selain itu, hrpnya pihak media juga sedar bhw rakyat tidak lagi termakan dengan pujuk rayu media yang berat sebelah. Seharusnya mereka bekerja secara lebih professional & berhemah selepas ini.
Kepada pihak yang terlalu fanatik, tak kira smada pembangkang atau kerajaan, jagalah tutur kata anda bila berceramah, jgn dituruti kehendak hati & nafsu jahat sehingga sanggup mencerca org lain, lebih2 lagi klu berjuang atas nama Islam.
Wassalam.
Thanks Dato' Nazri..
Lupa nk ucap Tahniah kepada rakyat kelantan keseluruhannya yang telah membuang jauh ADUN2 yang berminda kelas ketiga yg hanya tahu bertekak dan buat kacau dalam DUN Kelantan.. Ada sahabat cakap keadaaan Parlimen Malaysia mungkin senasib selepas ini..
Kita katakan tidak jika ahli2 parlimen mampu bertindak menggunakan akal secara waras dan rsional. Personally, MP2 dari pembangkang terdiri dari golongan professional yang dikenali. In fact kalau kita ikut perkembangan parlimen malaysia penggal lepas, kita akan kenal 4-5 kerat manusia saja yg suka bikin kecoh dalam Parlimen. Dan nampaknya mereka sudah dikeluarkan... So kita lihat apa perubahannya nanti..
Post a Comment