Showing posts with label tajdid. Show all posts
Showing posts with label tajdid. Show all posts

Wednesday, April 22, 2009

HADIRNYA KESEDIHAN...

Click image for clearer view.
Primary Source: http://drmaza.com


Kata Ibnularaby:
Terasa sajak ini begitu sekali dekatnya dihati tatkala ini... Mungkinkah sedang "Hadirnya Kesedihan" dalam hati, jiwa dan mindaku..
Ya Allah... Selamatkanlah aku dan seluruh umat ini daripada fitnah dunia yg menipu..
Kau pancarkanlah solusi Islam dalam dada-dada kami serta pemimpin kami..
Moga akhirnya kami semua bakal menghuni jannahMu tatkala KAU REDHAI KAMI dan kami terkesima gembira melihat wajahMu..
Aminnn..

~mU!z~

Tuesday, March 31, 2009

Perokok Lebih HINA daripada LEMBU...!! - TG Dato' Nik Abdul Aziz


KOTA BAHARU, 27 Mac - (Bernama) - Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan."Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah)."Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari LEMBU," katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini,hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu.-- BERNAMA


Kata Ibnularaby:

Sindiran ini mungkin agak tajam.. Namun aku rasa ia sangatlah layak buat golongan agama dan cerdik pandai yang tak reti2 nk tinggalkan rokok.. Ceramah bagai nk rak.. Tapi rokok tak leh tinggal.. Camne org nk dengar cakap awak.. Dah la most of the ciggarates producer adalah YAHUDI ZIONIST LAKNATULLAH.. Tu pun ramai tak sedar.. Semoga Allah bagi kekuatan kepada kita utk tajdid diri.. Dan kurangkan perbuatan kita yang boleh menyebabkan fitnah kepada agama ini..

~ PRO TAJDID ~

Monday, November 17, 2008

Apabila Mufti Berpuisi...

BARANGKALI sesetengah pihak berasa agak pelik apabila Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin berhasrat menulis puisi yang kemudian akan dilagukan oleh Kopratasa. Barangkali juga akan bertanggapan bahawa tugas ulama hanya memberi ceramah dan berkarya pula hanya dilakukan oleh seniman.

Tetapi dalam keadaan di mana wujud sesetengah ulama yang gemar 'melarang' atau 'mengharamkan' daripada memberi teladan, kemunculan Dr. Mohd. Asri boleh mewujudkan satu fenomena baru. Kita boleh melarang orang membuat satu perkara tetapi dengan syarat memberikan sepuluh pilihan misalnya yang yang mereka boleh lakukan. Fenomena ini tidak wujud di negara kita.

Sepatutnya ulama lebih mahir memahami dan menghayati puisi malah turut berkarya untuk direnungkan oleh khalayak. Dari situ barangkali membantu ulama membina pemikiran kreatif untuk menyampaikan ajaran-ajaran mereka.

Sebenarnya Dr. Mohd. Asri sudah menulis puisi dan beberapa kali mendeklamasikan puisi beliau. Tidaklah pelik seorang mufti bergelandangan di pentas puisi bersama khalayak kerana ulama terkenal seperti Hamka juga seorang novelis yang tersohor.

Puisi bukanlah kerja orang yang 'khayal' dan menunggu ilham datang dengan bersendirian di tepi pantai atau melarikan diri daripada realiti. Puisi adalah kepaduan pemikiran yang dialirkan dalam kata-kata yang bukan saja sangat terhad tetapi membawa makna yang melampaui kata- kata.

Beberapa tahun lalu, ada sesetengah ulama mengharamkan lagu Doa daripada puisi Chairil Anwar. Doa adalah sebuah puisi dan lagu yang sangat syahdu dan menginsafkan. Tetapi kerana ada sesetengah ulama tidak memahami puisi, maka menghukumkan karya itu. Itu adalah akibatnya apabila karya seni difahami secara literal. Ulama berkenaan tidak memahami tuntutan kepenyairan dalam mengatur kata demi kata.

Nasib baiklah lagu Doa tidak diharamkan penyiarannya oleh RTM, satu-satunya stesen penyiaran yang sangat galak mengharamkan lagu yang mereka tidak faham. Alangkah ruginya kalau karya seindah itu menjadi mangsa pihak yang kurang faham.

Kehadiran Dr. Mohd. Asri dalam dunia kepenyairan tepat pada masanya. Malah memilih medium iaitu memberi kepercayaan kepada Kopratasa menyanyikan puisi-puisi itu adalah langkah proaktif mendekatkan diri dengan khalayak. Dalam keadaan masyarakat yang membelakangkan hal-hal yang bersifat kreatif dan seni, tokoh seperti Dr. Mohd. Asri perlu membantu memahamkan mereka tentang ketinggian seni.

Kita terpaksa menerima hakikat bahawa ucapan pemimpin-pemimpin kita yang berjela-jela, penuh dengan bombastik dan didaktik belum tentu sampai kepada sasaran berbanding sebuah puisi seperti Aku Rela karya Dr. Mohd. Asri misalnya. Sebenarnya di negara kita saja yang kononnya "moden" tidak mengendahkan puisi. Tetapi negara lain yang jauh lebih maju lebih pula menilai puisi.

Keberanian Dr. Mohd. Asri bersuara dalam keadaan banyak yang lain 'berani berdiam', kita tentulah mengharapkan puisi-puisinya yang akan dilagukan ini membawa nada yang sama.
Semoga Mohd. Asri bukanlah ulama terakhir yang menulis puisi, mendeklamasi puisi dan meminati puisi.

E-mel: cp@galaxystudio.com

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1117&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm


** Album sulung puisi Dr Maza ini bakal dilancarkan di Yayasan Restu, Selangor pada 25 November 08 jam 11.30 am. Beliau akan menamatkan perkhidmatan sebagai Mufti Kerajaan Negeri Perlis pada 1 Disember 08 dan bakal berangkat ke UK selama lebih kurang 7 bulan bagi membuat lebih banyak kajian dalam bidang hadis.

Galeri Puisi Dr Maza @ drmaza.com:

http://drmaza.com/home/?page_id=60

Lagi Berita:

http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/11/14/mstar_hiburan/20081113204833&sec=mstar_hiburan

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Nasional/20081115071905/Article/
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1115&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm&arc=hive

Monday, September 22, 2008

Bila Tiba Penghujung Ramadhan...


عَنْ عَائِشَةَ - رضى الله عنها - قَالَتْ كَانَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ ، وَأَحْيَا لَيْلَهُ ، وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ


Maksudnya: Aisyah berkata: Sesungguhnya Nabi SAW apabila masuknya sepuluh malam akhir Ramadhan, mengikat kainnya, menghidupkan malamnya dan mengejutkan keluarganya.
(Hadith riwayat al-Bukhari – no.2024, Muslim – no.2844)
Huraian:
Hadith ini menunjukkan betapa Rasulullah SAW memberikan penekanan dan tumpuan yang lebih pada malam-malam akhir Ramadhan khusus untuk ibadah. Ini selaras dengan beberapa hadith lain yang memberitahu tentang kelebihan malam-malam akhir Ramadhan termasuklah kelebihan malam Lailatul Qadr.

MENGIKAT KAINNYA
Ibn Hajar dalam huraiannya terhadap Sahih al-Bukhari telah menyatakan bahawa para ulama mempunyai beberapa pendapat terhadap istilah ‘mengikat kainnya’. Di antara pendapat yang paling kuat ialah ia membawa dua maksud iaitu – tidak menghampiri isterinya (melakuka hubungan suami isteri) dan ini digambarkan dengan istilah ‘mengikat kainnya’. Manakala satu lagi maksud ialah bersungguh-sungguh dalam ibadah. Namun begitu kedua-duanya adalah tepat jika dilihat dari perbuatan Nabi SAW apabila tiba malam-malam akhir Ramadhan.

MENGHIDUPKAN MALAMNYA
Perkataan yang digunakan oleh Aisyah iaitu ‘menghidupkan’ amat bermakna. Seolah malam yang tidak digunakan untuk beribadah adalah malam yang mati dan tidak hidup. Rasulullah SAW telah memberikan pedoman terbaik untuk kita agar mengubah malam yang kelihatan ‘mati’ itu dengan ‘menghidupkannya’ dengan ibadah di kala manusia nyenyak tidur.

MENGEJUTKAN KELUARGANYA
Dalam beribadah, Rasulullah SAW tidak melupakan keluarganya. Mungkin seorang suami lebih selesa untuk beribadah tanpa memperdulikan keluarganya kerana cenderung untuk bersendirian tanpa menyusahkan diri mengejutkan anak dan isteri. Tapi Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh terbaik dan teladan ikutan kepada seluruh umatnya terutama ketua keluarga agar tidak mengabaikan keluarga walaupun dalam ibadah yang sunat sebegini.

Marilah kita sama-sama mengambil peluang malam-malam akhir Ramadhan ini untuk melakukan sesuatu agar diri kita berjaya di akhirat sebagaimana kita bersungguh untuk berjaya di dunia. Semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita dan menerima taubat daripada hati-hati kita.

Salam Kasih Sayang & Selamat beribadah…


- PRO TAJDID -
Sumber: http://www.al-ahkam.net/ (Jabatan Hadis)
Poster: www.iluvislam.com

Monday, February 18, 2008

Tunggu PANGKAHANKU wahai bakal YB ...!!

TAK SABAR-SABAR RASANYA NAK MEMANGKAH...!!

Kenapa ye??

ENTAHLAH.. RASA CAM PANAS SEMACAM JERK...!!

Masing2 ada tugas dan tanggungjawab...



Ini kan hak kita.. (Kecuali yang belum cukup umur..! )



Dalam benak minda seolah sudah ada lambang itu..

Apakah ia DACING LAMA??

Mungkin tidak.. tiada siapa yang mahukannya lagi.. (Org dah pakai elektronik daaa...)

Apakah ia lambang MATA ??

Hmm.. Belum tentu juga.. Kerna 'mata' yang aku kagumi dulu kian pudar...

Apakah ia satu ROKET ANGKASA ??

Ha.ha.ha..! Tak mungkin... Mana mungkin aku meredhainya.. Tak sesuai utk dilancarkan di negeri dan negaraku yg tercinta ini...
Apakah ia BULAN PURNAMA ??
Huhu.. Susah nak dikata... Dah lamaaaaa tak nampak kat sini...!!! Gelapppp je...



DAH tu..!??
Hang nak undi partai mana nih???

Eh2.. Kasar nampak.. Undi tu kan RAHSIA...!!!

Ha.. Ha.. Ha..!!!
Relaks...!!


Yang penting kita PEDULI...!
Ya.. Peduli...!!!


P/S: Dah.. dah.. Pegi buat keje.. Pasang bendera ka.. Tampal poster ka...!!

Jika anda ada taste, anda mesti pilih yang asli...!!!


- Jom Tajdid -

Wednesday, February 13, 2008

Gendang Itu Akhirnya Dipalu...!!!

PEPERANGAN AKAN BERMULA TAK LAMA LAGI...!!!

SUDAHKAH RAKYAT MALAYSIA BERSEDIA ??

ATAU MASIH LENA ??

Ha.. Ha.. Ha..!!!

PUTRAJAYA 13 Feb. - Parlimen dibubarkan hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan dalam tempoh 60 hari.
Serentak dengan itu semua Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali Sarawak, turut dibubarkan.
Pengumuman pembubaran Parlimen itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar di sini hari ini.
Ia dibuat selepas Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi ini bagi mendapatkan perkenan Seri Paduka.

Jom pilih yang asli...!!!

-Pro-Tajdid-

Tuesday, February 12, 2008

AHAKS...!!! :)(:


Dunia dah maju jauh ke depan..
Persiapan musuh juga sudah sangat rapi...

Tapi seolah masih ada yg tak kena dengan 'Mat' dan 'Minah' sekelilingku..
Naper ek??

Semua nk kena bagi tahu ke??
Di manakah keupayaan itu?

Hilang ? Pudar ? Koma ? Atau Mati ??

Oh.. Tidak..!!!

"Dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar".

[Al-Ankabut, 45]


Kalau anda ada taste, anda mesti cari yang asli... :)

-Pro-Tajdid-