Surat terbuka seorang budak kepada Mufti Perlis
Friday, December 22
Assalamualaikum wrkt Yang Berbahagia Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin.
Di harap sihat dan masih berada di dalam landasan ALLAH SWT.
Pertama sekali jangan pedulikan siapa hamba. Hamba tiada nilai dan taraf di sisi Dr. Hamba kenal Dr (dari rupa semata) manakala Dr tidak mengenali hamba walau sudut apa sekalipun.Cuma kerana ALLAH kita adalah sama, hamba terpanggil mencoretkan surat secara terbuka ini untuk kebaikan umat Islam semuanya. Insyaallah.
Keduanya, walau agak lambat, hamba mengucapkan tahniah atas perlantikan Dr sebagai mufti Perlis yang baru dan muda. Ilmu itu terbahagi kepada 2. Teori dan praktikal (pengalaman) . Rupa-rupanya usia bukan bukti ilmu seseorang itu (dari segi pengalaman).Mufti Melayu. Yang berbahagia mufti yang dihormati.
Walaupun Dr. berada di dalam ‘ahli agama’, manakala hamba berada di dalam bukan ‘ahli agama’, tetapi Dr. tetap berbangsa Melayu. Bangsa yang mempunyai saiz otak dan IQ yang kecil berbanding bangsa-bangsa utama dunia lain (Yahudi, Parsi, Rom, China dan lain-lain) Dan kita sebagai bangsa yang bo-doh ini amat bergantung kepada petunjuk dari ALLAH. ALLAHlah yang menunjuki kita. Semoga kita dipelihara oleh ALLAH dari kebodohan semulajadi kita.Be muslim, not Malay. Islam is universal. Jadi, jika kita masih mempunyai isme-isme ciptaan manusia yang disekutukan dengan Islam kita, maka, ALLAH tidak akan memberi kita petunjuk. Ini kerana ALLAH tidak mahu mereka yang mengaku muslim itu, terbukti berjaya apabila mengambil / menyekutukan / menambah, satu ajaran ciptaan manusia. ALLAH yang menjaga kesucian / keagungan agamaNYA.
Mudah katanya, jika Dr. masih tidak mampu membuang fahaman isme nasional yakni perjuangan Melayu, Dr. tidak akan mendapat keistimewan dari ALLAH yakni, petunjuk.Wallahualam. Mengapa hamba berkata demikian.
Mari kita lihat.Perkara kurang enak. Sebelum itu, hamba terpaksa memberitahu Dr. sesuatu yang sememangkan mendatangkan satu perasaan kurang enak. Walau kepada Dr. sendiri, mahupun kepada mereka yang membacanya. Ini adalah penting bagi membuatkan Dr. tidak memandang rendah terhadap surat hamba ini.
Dan perkara yang kurang enak itu ialah, hamba dianugerahkan ALLAH nilai IQ yang tinggi sehingga 3 kali ganda syarat menjadi agen CIA. (Nauzubillah. Lindungiku dari riak) Dengan anugerah ALLAH ini, hamba rasa bertanggungjawab menjelaskan kepada semua mengenai apa yang berlaku dari kaca minda hamba ini. Bagaimanapun, hamba tidak menolak, hamba melakukan kesilapan.
Hamba akan jelaskan 2 sebab.
1. Siapa yang melantik?
Yang Berbahagia Mufti. Mungkin Dr. sudah membuat keputusan berdasarkan satu penilaian yang paling tepat yakni solat istikarah. Sudah tentunya Dr. lebih arif.Tetapi, hamba cuba bawa Dr. dari sudut hamba. Sudut ini sememangnya tidak mampu difikirkan oleh Dr. atau Melayu standard Melayu itu tidak mampu membuang fahaman nasionalis mereka (tiada pentunjuk / dihijabkan)Siapa yang melantik adalah satu perkara penting bagi menilai sesuatu keadaan. Mari kita lihat petikan ini.
____________ _________ _________ _________ __
Bush mohon Abdullah selesaikan perbalahan di Iraq, LebanonCARACAS 19 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengesahkan Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush menghubunginya minggu lalu untuk meminta beliau membantu membaiki keadaan konflik antara mazhab Sunah dan Syiah yang semakin buruk di Iraq dan Lebanon.
____________ _________ _________ _________ __
Siapa yang melantik?UMNO telah difatwakan murtad / kafir oleh sekumpulan ulama dan sehingga kini tidak ditarik balik fatwa tersebut. Jangankan kata ditarik balik, malah, cuba mempertikaikan secara ilmiah pun tidak berani.Siapa yang melantik?Jika seorang gila melantik Dr. menjadi sesuatu, setiausaha orang gila contohnya, apa status perlantikan tersebut?Siapa yang melantik?
Jika Ayah Pin melantik Yusuf Al-Qadrawi menjadi mufti kumpulan / gerakannya, apa status mufti tersebut?Siapa yang melantik?Bangsa Melayu adalah bangsa yang bo-doh.
Terkejut? Baru menyedari?: )
Yang Berbahagia Mufti. Walaupun mempunyai Dr. dihadapan nama, Melayu itu adalah rendah IQnya secara standard. Kita lihatlah filemnya. Walaupun dibuat oleh Profesor. Kita lihatlah lagunya. Lihatlah sukannya. Lihatlah pemerintahannya. Lihatlah ekonominya.Sebab itu kita memerlukan Islam. Masuklah Islam itu sepenuhnya. Bagaimanapun jika kita solat istikarah 4000 rakaat sekalipun, tetapi jika kita masih menyekutukan Islam itu dengan fahaman kebangsaan (Melayu), maka, ALLAH sahaja yang lebih tahu.
Be muslim, not Malay. Islam is universal.: )
2. Strategi membina imej / nama.
Yang Berbahagia Mufti.
Hamba bahagikan ilmu itu kepada 2. Satu, ilmu agama pokok. Dua ilmu agama cabang (Sains / Mate / dan sebagainya).Dan hamba bahagikan orang yang memiliki ilmu agama cabang itu kepada 2. Satu, belajar. Dua, menemuinya.Manakala Dr. pula, hamba andaikan berada dalam kategori satu, yakni belajar. Mungkin Dr. sudah membaca buku-buku strategi dunia. Dan mendapat ilmu daripadanya.Bagaimana dengan hamba? Di atas beberapa sebab, hamba kongsikan zaman jahiliah hamba semasa berada dalam tingkatan 4.Zaman jahiliah.Hamba adalah anak yang lasak / nakal. Hamba belajar di salah sebuah sekolah teknik. Tinggal di asrama. Di asrama, segala jenis manusia sebaya, dari seluruh pelusuk negara berhimpun. Siapa yang mendominasi maka orang itu mempunyai ketahanan yang paling tinggi.Seperti tajuk 2, strategi membina imej, hamba merangka strategi bagaimana mendominasi sekumpulan sebaya. Langkah pertama ialah membina nama / imej.
Bagaimana? Inilah bezanya mereka yang belajar ilmu dan mereka yang menjumpai ilmu.
Hamba namakan strategi ini : TKTS. Tangkap Kepala, Tangkap Semua.
Dipendekkan cerita, hamba dan kumpulan (rakan-rakan yang telah diikatjanji) , telah mencabar (dengan isu yang dipilih) kumpulan yang mendominasi keseluruhan pelajar asrama, tingkatan 4 dan 5, lelaki dan wanita, selepas bermulanya penggal kedua. Terjadilah pergaduhan.Walaupun hamba dan kumpulan tewas secara fizikal, tetapi hamba menang secara imej. Kumpulan senior dihukum pihak sekolah.
Dan ianya melibatkan kes polis. Hasilnya?Imej hamba meningkat. Tidak perlu beratur mendapatkan makanan.
Menguasai pasaran rokok pelajar tingkatan 4, memegang lessen ‘fly’ / ‘runner’, bagi tingkatan 4, menentukan ketua asrama (bagi blok hamba sahaja) dan pelbagai perkara lain tanpa berani ditegur oleh pelajar senior.Soalnya ialah bagaimana mahu mengelakkan diri daripada diketahui warden atau guru sahaja.
Dan inilah strategi anda,
Yang Berbahagia Mufti.
1. Untuk mendapatkan imej sebagai hero Islam tulen, maka kamu menggunakan tektik TKTS (nama mungkin berbeza jika Dr. belajar dari buku Inggeris). Kamu tangkap kepala Islam tiruan bernama Astora Jabat. Wah! MAZA berdebat dengan Astora tuuuuu. Hebat. Bravo.
2. Kamu melaung-laungkan isu-isu seperti Wahabi, Sunnah, Bidaah. Wah! MAZA hebat mempertahankan Islam.
3. Kemuncaknya, kamu dilantik oleh Nasionalis bernama Datuk Seri Shahidan sebagai mufti. (Nasionalis melantik ketua Islamis?)
4. Saat gemilangnya kamu membina nama ialah mengeluarkan kenyataan media terhadap khalwat. Macam Najib dengan istilah Glokalnya, Paklah dengan istilah Hadharinya. Semuanya ini adalah strategi membina imej.
Jika Dr. tidak mencari nama.
1. Dr. tidak akan menjadi orang yang mencari publisiti murahan. Tidak memilih menyampaikan kalam ALLAH yang 'kontroversi' di dada akhbar, sebagai jalan paling utama. Tidak mungkin IQ Dr. terlalu rendah untuk menilai kebebasan / kejujuran akhbar di zaman sekarang. Tidak mungkin IQ Dr. terlalu rendah untuk mempertimbangkan akhbarkah jalan terbaik / utama / nombor satu bagi menyampaikan teguran. Tidak mungkin IQ Dr. terlalu rendah untuk menilai sesuatu yang boleh mencetuskan kontroversi atau tidak.Malangnya, ini tidak membantu publisitiku.
2. Dr. sepatutnya mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa agama terlebih dahulu. Rendahkan diri dengan menemui mereka, bukannya memanggil mereka. Demi ALLAH tercinta. Bincang elok-olok. Kemudian kumpulkan mufti-mufti dan ahli agama membincangkan perkara ini. Dan dapatkan jalan penyelesaian. Semuanya dilakukan secara tertutup terlebih dahulu.Malangnya, ini tidak membantu publisitiku.
3. Tidak membincangkan perkara-perkara furu' di situasi genting sebegini. Hormati gerakan Islam yang berbeza dari segi furu', dalam pada masa yang sama mengikat anak-anak murid Dr. ketegasan Dr. mengenai furu'. Bukan berkokok di sana-sini.Malangnya, ini tidak membantu publisitiku.Perkara yang boleh diandaikan melalui keterangan di atas.Sebenarnya hamba tidak mahu memasuki perkara yang paling rumit. Melayu ini semakin pening, dan bertambah pening. Tetapi, ambillah ini sebagai pengetahuan sahaja. (jangan percaya)Cuma tujuannya, hasil tindakan 'IQ tinggi' Dr. ini, inilah hasilnya :
1. Kes kesilapan membabitkan pelancong itu adalah sesuatu yang terancang. Mengapa pelancong Amerika?
1.1 Pelancong Amerika kita pilih kerana mereka menguasai dunia dari segi media. Dengan perkara yang amat dinantikan ini, maka, imej Islam akan diserang lebih hebat.Sebenarnya, apa pun kita buat, buatlah dengan apa yang ALLAH turunkan. Pedulikan imej yang dilemparkan mereka. Cantik pun salah, tak cantik pun salah. Yang kamu sibuk-sibuk dengan pandangan kuffar ini mengapa? Kamu ditundukkan dengan mudah sebenarnya. Mereka lebih penting dari kita mengikut acuan ALLAH.
1.2 Pelancong Amerika dipilih kerana ekonominya. Dengan jumlah dagangan dua hala Malaysia-Amerika yang berbilion, tambahan pula dalam sektor perlancongan, tambah pula Menteri Perlancongan berjantungkan duit, inilah pilihan yang sesuai.Sebenarnya, umat Islam itu terkena penyakit cintai dunia dan takutkan mati. Agak-agak Dr. lah, jika Dr. diuji ALLAH tanpa air-cond, tanpa pejabat, tanpa pendapat mewah, tanpa nama, tanpa publisiti, berubahkah nada Dr.?: )Tidakkah bo-doh Melayu itu?Patutlah berzina bertubi-tubi oleh Kerajaan Hindu Lama, Siam, Portugis, Belanda (Nusantara), British, individu pon boleh juga (James Brooke / Francis Light), syarikat pon boleh (Syarikat Hindia Timur), Jepun, komunis, Bintang 3 dan British semula.Eh, belum habis lagi Dr. Singapura dan yang terbaru Pulau Batu Putih dan yang akan datang Pulau Pinang. Masuk-masuk sahaja (ketua Islam yang dilantik oleh Nasionalis), Dr berkokok bab khalwat. Dr. memang 'Dr.'
2. Suara Dr. yang mendapatkan tempat serta-merta di media Islam Liberal, dan dijadikan 'dalil' oleh Sister In Islam, boleh 'menghidukan' mereka ini terlibat. Malah Dr. sendiri adalah seakan-akan pelakon utama masa ada sengaja atau tidak sengaja. (pembaca jangan percaya. Cuma hamba mahu memberitahu Dr. ini supaya bijak sedikit. Anda ibarat membawa Islam di kepala kamu)Yang Berbahagia Mufti. Inilah tanggungjawab hamba dengan anugerah ALLAH, hamba menegur Dr supaya kelak Dr. pula menegur hamba. Janganlah dipandang umur hamba yang berusia 25 tahun untuk dibandingkan dengan umur Dr.
Jika hamba ini berfahaman seperti Dr, yakni belajar tinggi-tinggi kemudian kerja kerajaan, hamba boleh buat sehingga super duper tahap gaban Profesor pun. (secara manusia).Nasihat kepada Yang Berbahagia Mufti.Janganlah kita melanggar segalanya termasuk ALLAH dalam kita membina imej. Janganlah dikejar imej itu. Jawatan mufti (Nasionalis melantik ketua Islamis) itu adalah peperiksaan dari ALLAH. Syurga dan neraka.Menjadi mufti (Nasionalis melantik ketua Islamis) itu kerana imej atau ALLAH?
************ ********* ********* ********* ********* ******
Sajak buat Yang Berbahagia Mufti.
IMEJ
Kini ilmuku penuh di dada
Malangnya imejku secebis di dada
Apalah ertinya ilmu di mata
Jika tiada imej yang terbina
Lihatlah imej Islam di saat ini
Apakah ertinya semua ini
Dimanakah ilmu di sana sini
Tatkala imej semakin menghantui
Ah! Islam itu diimejkan melalui pedang
Perlu diubahsuai mengikut pandangan orang
Jihad itu bukan perang, bukan pedang
Ubahsuai Islam asalkan hati senang
Ah! Islam itu diimejkan berlebai malang
Perlu diubahsuai mengikut pandangan orang
Kini songkok, kot, Mercedes mata berlalang
Mana yang tidak Islamnya temberang
Ah! Islam itu diimejkan mengintip orang
Perlu diubahsuai mengikut orang
Kini yang maksiat tertutup jangan dilarang
Imej itu perlu dimata orang
************ ********* ********* ********* ********* ******
Wallahualam
AdukaTaruna"
SURAT BALAS
oleh: Abdul Muiz Abdul Wahab
B.Eng (Biochemical-Biotechnology), IIUM
Assalamualikum Warahmatullah.
Buat saudaraku Aduka Taruna yang di hormati ..
IQ saya tidaklah setinggi saudara dan juga para pembaca lain sekalian.. Dan pada usia 23 tahun (lebih muda dari saudara) saya juga masih muda untuk turut berbicara soal ini.. Tambahan pula saya juga bukan dari golongan agama.
Namun saya saya tidak dapat membendung perasaan bimbang dan khuatir saya kerana merasakan situasi seperti ini merupakan sesuatu yang amat malang dan kritikal untuk orang2 Islam. Orang2 yang memahami Islam dan memperjuangkan Islam(tambahan orang yang mempunyai IQ 3 X requirement agen CIA seperti saudara) kurang dapat menggunakan akal yang dikurniakan Allah dengan waras dan bijak seperti yang disaran oleh saudara sendiri.
Saudaraku yang dihormati,
Saya lihat artikel seumpama ini penuh dengan prasangka dan syakwasangka yang tidak baik. Penuh dengan andaian buruk kepada mufti tersebut.
Saudara seharusnya memberi kritikan yang lebih membina berdasarkan kemampuan IQ saudara yang tinggi itu. Namun saya tidak nampak di mana ketinggian IQ tersebut digunakan secara effisien dalam artikel ini. Bukankah lebih baik memberikan CADANGAN memperbaiki cara beliau atau CADANGAN apakah isu2 penting yang perlu beliau uatamakan daripada KRITIKAN ingin membina publisiti dan KRITIKAN fahaman nasionalis yang tidak ada apa2 bukti kukuh?? [Maaf, IQ saya tidak setinggi saudara dan mungkin saranan ini terlalu remeh untuk saudara]. Saya sangat musykil apakah IQ yang tinggi tersebut membolehkan saudara membaca hati manusia dan mengetahui niat dan perancangan seseorang. Pastinya tidak kerana kemampuan itu hanya milik Allah.. Saudara mungkin dapat mengagak namun ia bukanlah suatu yang semestinya benar.
Saudara,
Meletakkan prasangka buruk untuk orang lain bukanlah sesuatu yang baik dari orang Islam tambahan pula ditujukan untuk orang Islam lain. Saya khuatir ini akan menjadi penyakit yang semakn merebak dalam majoriti masyarakat Islam terutamanya dalam lingkungan kita orang melayu yang bo-doh(seperti yang saudara hujahkan). Saya rasakan psikologi kebo-dohan inilah juga (yang saudara percaya) yang menyebabkan IQ saudara yang tinggi itu tidak mampu disalurkan kepada jalan yang lebih murni. Malang bagi umat Islam yang diutuskan Rasul untuk menunjukkan akhlak yang baik berakhir dengan menghukum berdasarkan pada syak yang buruk pada muslim lain.
Saya tidak berniat membincangkan soal psikologi secara panjang disini namun, saya menanggap inilah perancangan barat untuk terus melemahkan pemikiran kita orang2 melayu (sebenarnya mereka target muslim). Dengan melakukan sedikit 'kajian', mereka terus merumuskan bahawa orang melayu adalah BO-DOH and IQ mereka RENDAH. Kita yang membacanya tanpa usul periksa terus mempercayainya, dan akhirnya dituruti tindakan kita yang langsung tidak berkembang hasil dari psikologi jahat yang ditanam oleh perangka2 strategi jahat dari barat ini. Bagi saya, selagi mana kita terus berada dibawah bimbingan Al-Quran dan sunnah, dengan semangat dan azam untuk terus belajar maka kita tidak BO-DOH. Sedang kebodohan seseorang itu sangat relatif nilainya, bagaimanakah conclusion mudah menyatakan orang melayu itu BO-DOH dan punyai IQ rendah (secara general) seperti yang saudara dakwa itu dapat dikeluarkan. Berapa ramai orang melayu yang telah di kaji?
Adalah amat malang dan mendukacitakan jika orang yang mempunyai IQ yang tinggi juga boleh turut terpedaya dengan perancangan anasir barat ini. Samalah juga denga nilai dan budaya mereka yang cuba mereka serapkan kepada kita. Kerana kita di'asuh' dengan pemikiran kononnya budaya mereka lebih tinggi nilainya, maka anak2 muda Islam kita hari ini telah terpengaruh dengannya.. Sekarang kita yang melompat... Penyebab utama..? Kerana 'KITA PERCAYA'..
Saya tidaklah mahu memihak kepada mana-mana orang namun bukankah baik andainya permasalahan seumpama ini tidak diperbesarkan? Ia tidak akan membawa apa2 kebaikan buat kita semua. Kalaupun niat beliau ingin publisiti dan bukan menyampaikan ilmu Allah, itu urusan beliah dengan Tuhan Rabbul Jalil nanti. Tugas kita yang lebih utama ialah menilai hujah yang dikemukakan apakah menepati dalil Al-Quran dan Sunnah dengan fahaman para sahabat dan golongan salafussoleh yang awal kerana mereka lebih dekat dengan agama.
Saudara,
Cubalah sebaiknya untuk megelakkan sebarang emosi dan pemikiran kita yang celaru untuk turut serta dalam perbahasan ilmu dan agama kerana ini akan mnyebabkan perbahasan itu akan nampak jelik, rendah kualitinya dan akan turut disambut dengan emosi dan pemikiran yang kurang waras dari orang yang tidak menyokong pendapat kita. Ini tidak langsung akan meningkatkan minda dan akal kita malah akan secara terang-terangan mendedahkan tahap intelektual yang rendah.
Sebaiknya, nilailah sesuatu itu menerusi isinya dahulu sebelum menilai siapa yang menuturnya. Itulah manhaj atau jalan yang lebih baik tatkala pemikiran kita sudah mula menuju ke arah penyakit taksub yang dahsyat. Sekiranya yang disajikan itu Al-Quran dan As-Sunnah yang tulen, dengan fahaman yang benar, maka siapa pun dia, atau dari puak manapun dia, atau dari kumpulan fahaman mana pun dia.. maka kita menerimanya dengan hati yang terbuka. Sesungguhnya tertegaknya agama itu atas dalil dan kebenaran serta ditambah indah dengan percambahan dari pemikiran yang waras yang berlandas kepada Al-Quran dan Sunnah.
Dan sesungguhnya KEBENARAN itu TETAP KEBENARAN walaupun ia datang dari orang kafir. Adalah tidak adil menetapkan kebenaran itu hanya apabila ia berpihak kepada kita semata-mata.
Saya beristighfar pada Allah dan Jutaan ampun dan maaf saya pohonkan..
Wallahu Ta'ala A'lam.
Akhukum,
Abdul Muiz Abdul Wahab.
Kulim, Kedah.
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
-
Pendahuluan Mengapa perbincangan tentang pendidikan sering kali menimbulkan
perbezaan pendapat? Sudah tentu, ini bermula daripada perbezaan di antara
penda...
2 days ago