AKU RELA…
Telah ku benarkan nama dan diri menjadi sasaran
Kerana cinta, aku berkorban
Telah ku rela tohmahan bermahajalela
Kerana cinta, aku terpaksa
Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta…
Biarku tanggung rasa derita..
Asalkan agama, selamat akhirnya..
Yang membantah, hanya berfalsafah..
Kerana bimbang suapan harian
Dengan menjual nama tuhan..
Lalu kebenaran disingkirkan,
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya
Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini.. aku bahagia
Kerna..
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga
Oleh: SS. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.
Mufti Kerajaan Negeri Perlis
Organisasi masyarakat sivil: Kanak-kanak Palestin hidup melalui bencana
kemanusiaan yang paling teruk
-
Selasa, 25/11/2025 – Pertubuhan masyarakat sivil Palestin berkata pada hari
Khamis bahawa tentera penceroboh Zionis Israel telah membunuh lebih 19,000
ka...
2 days ago



1 comment:
Sungguh indah kata2nya.. Penuh dgn isi yang tersurat dan tersirat.. Moga Allah beri kekuatan kpd SS Dr. MAZA untuk terus berjuang...
Post a Comment