Wednesday, May 28, 2008

Alhamdulillah.. Doaku dimakbulkan...

Tiada daya upaya melainkan segalanya dari Alah Jallawa'ala.. Maka, andai hidup lari dari rasa bertuhan, maka tiadalah apa lagi yang mampu menjaga diri dan menjadi pendinding kepada perkara mungkar dan kemaksiatan.. Maha suci Allah yang menunjukkan jalan kebenaran dan memberikan Islam kepada kita semua. Dia jugalah yang menceritakan akan perihal hari kiamat dan perhitungannya di padang Mahsyar untuk kita jadikan motivasi meningkat amal dan menjauhi mungkar..

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ

“Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkaulah yang menciptakan aku. Aku adalah hambaMu. Aku akan setia pada perjanjianku denganMu semampuku. Aku berlindung kepadaMu dari kejelekan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh kerana itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau.”

(Barangsiapa membacanya dengan yakin ketika petang hari, lalu ia meninggal dunia pada malam itu, maka ia masuk Syurga. Dan demikian juga ketika pagi hari.” )

(Sahih - Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari)

Alhamdulillah.. Suasana sukar beberapa bulan lepas sudah beransur kurang.. Bukan menyesali bebanan, cuma sekadar melepas terjahan tekanan yang tak henti-henti.. Sebulan dua yang lepas mmg saya dalam sedikit kesibukan.. Maka blog ini hampir bersarang.. Walaubagaimanapun hari ni sempat mencuci sikit sebanyak sarang2 itu.. :)

InsyAllah.. Saya dan keluarga akan berlepas ke Tanah Suci esok untuk melaksanakan ibadah Umrah dan ziarah. Kami insyaAllah akan melalui Jordan sebelum ke Madinah. Kali ini kami akan mengikuti pakej kendalian Andalusia travel (pakej yang pernah Dr Illi ikuti tahun lepas).. Alhamdulilah.. Doaku setahun sudah untuk kembali lagi berada dihadapan Baitullah Al-Haram dimakbulkan olehNya..

Diharapkan sahabat2 semua mendoakan keselamatan kami sekeluarga dalam perjalanan dan moga2 ibadah kami diterima oleh Allah SWT. InsyaAllah, saya juga akan mendoakan anda semua...

Sekian catatan ringkas buat kali ini...

-ibnul'araby-

5 comments:

Illi Puad said...

alhmdulillah....tmpg gembira aku dengar ko berpeluang skali lagi menjadi tetamu Allah..kali ni dpt skali berkunjung ke tmpt yg byk menyimpan sejarah anbiya'..nnt bleh lah kongsi bersama....

aku pn makin rindu dgn tanah suci ni....sayu je rasa bila ingt detik2 indah di sana dulu....

mr fotografer said...

Semoga Tun sekeluarga selamat pergi & selamat kembali, amin.. Insya Allah, lps balik dr Tanah Suci ni, makan kenduri lah plk jwbnya ek, dah sampai seru utk yg satu lg tu plk;-)) jgn lupa jemput..saya akan berada di Penang jgk nanti...hehe.

ibnul'araby said...

Thanks a lot for the Du'a.. Alhamdulillah selamat sampai semalam.. Antara benda menarik pada kali ini ialah dapat bertemu figure2 besar dalam dunia politik seperti MB Kelantan (masa kat Makkah) dan MB Kedah (Masa kat Madinh) Masa nk balik Penang semalam kebetulan satu flight dengan Timbalan KM Pulau Pinang, YB Fairus Khairuddin. Tak ketinggalan, bertemu lecturer kesayangan Dr Nazri & Dr Illi, Dr Hamzah Salleh masa kat dalam Masjidil Haram. Hujan juga turun dengan lebatnya pada satu malam sewaktu solat maghrib di Masjidil Haram.. InsyaAllah kalau ada kesempatan akan dicoretkan kisah2 ringkas disini..

mr fotografer said...

Alhamdulillah, tentunya pengalaman yg sgt menarik & mengharukan ketika berada di sana. Hmm..tak sangka jumpa Tuan Guru. Dengar cerita, Dr. hamzah balik 18hb ni. Lama betul dia kat sana ye.

Illi Puad said...

tun muiz, aku menunggu perkongsian cerita daripada ko tau..nak tau juga cmner pengalaman ko pergi ke tanah suci dan jordan menggunakan khidmat andalusia travel...hehe...mayb pengalaman aku thn lps lain dr ape yg ko alami..

by the way, i've tagged u in my blog! thank you...