Thursday, June 11, 2009

FORUM PERDANA : Institut Al-Qayyim, PULAU PINANG.


Menampilkan:

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Mantan Mufti Kerajaan Negeri Perlis)

Ustaz Mohd Affandi Yusoff (Pengerusi Biro Agama Pemuda Umno)
Ustaz Azman Shapawi (Timbalan Ketua Pemuda PAs Pusat).
Tajuk: "POLITIK: Agenda Perubahan.."
JOM PAKAT PI RAMAI2..

Tuesday, April 28, 2009

Selsema Babi & Hukum Allah..


P/s: Lepas baca artikel nih tolong samak komputer anda ye.. hehhehe..!!! Babi.. Oh Babi..
- Satu lagi angkara babi untuk manusia zaman ini.. Renung2kan dan selamat beramal...

1. Heboh satu dunia apabila “babi selsema”. Banyak lapangan terbang antarabangsa di dunia yang mengambil langkah berjaga-jaga yang sangat ketat hari ini. Bagi kita manusia, selsema ialah perkara biasa dan bukanlah satu penyakit yang serius. Tetapi berbeza dengan babi. Apabila makhluk ini selsema, huru hara jadinya dunia ini. Mungkin kawan-kawan babi akan bertanya kepada babi, “engkau sakit apa?” dan babi akan jawab, “selsema babi”. Kawan babi akan tanya lagi, “sakit apa?”. “Selsema babi” jawab babi. “Sakit apa?” tanya kawan babi lagi buat-buat bodoh. Lalu babi pun “tension” dengan kawan dia, terus jawab dengan meninggi suara “SELSEMA LAH… BABI” Padan muka kawan babi tersebut (terima kasih kepada Petronas kerana iklan “burung murai”nya itu menjadi ikutan).

2. Babi dikenali sebagai najis mughallazoh (berat) yang jijik di kalangan masyarakat melayu khususnya sehinggakan jikalau mereka melintasi di hadapan kedai makan cina yang sedang menggoreng bawang atau ayam pun, mereka akan menahan nafas atau menutup hidung kerana menyangka ia adalah bau babi. Wara’nya orang melayu semakin terserlah apabila mereka melihat air yang membasahi hadapan restoran masakan cina, mereka akan mengelak sejauh mungkin kerana tidak rela terpijak air babi kononnya.

3. Sebenarnya para ulama Islam tidak sepakat tentang wajibnya membasuh tujuh kali (salah satunya air tanah) jika tersentuh babi. Tetapi saya tidak berhasrat membincangkan isu tersebut di sini. Jelasnya, Al-Quran telah mengharamkan daging babi berdasarkan Surah Al-An’aam, ayat 145:-

قُل لاَّ أَجِدُ فِي مَا أُوْحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّمًا عَلَى طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلاَّ أَن يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَّسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنزِيرٍ فَإِنَّهُ رِجْسٌ أَوْ فِسْقًا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللّهِ بِهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلاَ عَادٍ فَإِنَّ رَبَّكَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah”. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”

4. Para ulama berbeza pandangan tentang sebab pengharaman babi. Sebahagian mereka menyatakan bahawa ianya diharamkan kerana kemudaratan yang ada padanya lebih banyak daripada kemanfaatan. Ini bermaksud bahawa kita tidak menolak kebaikan yang ada pada babi tetapi dek sebab mudaratnya lebih banyak, maka ia diharamkan.

5. Sebahagian fuqaha pula menyatakan bahawa pengharaman babi adalah termasuk dalam perkara ta’abbudiyyah, iaitu suatu perkara yang wajib bagi orang Islam mematuhinya tanpa boleh dipertikaikan atau diperdebatkan. Contoh yang hampir sama ialah bilangan raka’at yang ada pada solat, seperti solat maghrib tiga raka’at, kenapa tiga rakaat ? Kenapa tidak empat atau dua raka’at? Oleh kerana ia adalah perkara ta’abbudiyyah, maka kita menerimanya tanpa banyak soal.

6. Namun, jika kita memperhatikan secara teliti pada ayat tersebut jelas tertera perkataan “kerana sesungguhnya ia adalah kotor”.

7. Tuan Haji Ibrahim Ma telah menyebut dalam buku beliau “What is Islam” terbitan Perkim, tentang seorang tabib cina pada zaman Dinasti Tang yang bernama Sun See Mao yang menulis sebuah buku bertajuk Sheh Shen Lu, di mana tabib itu berkata antara lain, “daging babi merangsang penyakit lama, penyebab kemandulan, sakit tulang dan asma”.

8. Ibrahim Ma juga memetik kandungan jurnal kesihatan cina yang berkaitan petua panjang umur iaitu “Yan Show Tan” yang menyatakan bahawa semua daging adalah berkhasiat kecuali daging babi, maka janganlah makan daging babi!

9. Pada 20 Oktober 1998, The Detroit News juga melaporkan penemuan oleh saintis berkaitan pertalian jangkitan antara virus burung dan babi, yang antara lain, menyimpulkan bahawa babi adalah tempat di mana kuman diubah kepada bentuk yang lebih berbahaya (sebagai mixing vessel).

10. Berbalik kepada isu fiqh, dalam soal membasuh benda-benda yang terkena babi. Para ulama Shafi’iyyah berpendapat bahawa salah satunya mestilah dengan air tanah dan tidak boleh diganti dengan sabun atau bahan lain. Hujah mereka adalah sama, kerana ia termasuk dalam perkara ta’abbudiyyah.

11. Berbeza dengan ulama Hanabilah. Mereka berpendapat bahawa air tanah itu tidak termasuk dalam perkara ta’abbudiyyah sebaliknya ia adalah cara membasuh yang ada tersedia pada zaman wahyu diturunkan (zaman Nabi SAW). Ia boleh berubah dengan perubahan zaman dan tempat. Disebabkan hujah ini, mereka berpendapat bahawa air tanah boleh diganti dengan bahan pencuci lain seperti sabun, bahan peluntur atau bahan kimia lain yang mempunyai daya pembersihan yang sangat berkesan. Isu ini diulas secara ringkas tetapi padat oleh Sheikh Wahbah Az-Zuhaili dalam kitabnya Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu.

12. Walaupun babi adalah sejenis binatang yang hina di mata kita, janganlah pula kita menzaliminya. Memukul babi tanpa sebab, melontarnya dengan batu tanpa alasan baik, sebenarnya tidak memberikan pahala kepada kita. Malah dikhuatiri mendatangkan dosa pula.

13. Lupakah kita kepada kisah wanita penzina / pelacur yang menyelamatkan anjing? Abu Hurairah ra., meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda dengan maksudnya,
“Diampunkan seorang wanita penzina yang melewati anjing (yang berada) di atas telaga yang menjulurkan lidahnya dan hampir mati karena kehausan, lalu wanita itu menanggalkan kasutnya dan diikat dengan kerudungnya lalu dia membawa air kepada anjing itu maka (dia, wanita itu) diampuni karenanya” (Riwayat Bukhari)

Wanita pelacur itu diampuni Allah SWT kerana menolong anjing!

14. Begitu juga yang berlaku kepada seorang lelaki yang juga memberi minum kepada anjing sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Bukhari, maka Allah telah berterima kasih kepadanya dan mengampuni dosanya! Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Kalau kami mengasihi binatang apakah kami memperolehi pahala? Baginda menjawab “Setiap hati yang pengasih mendapat pahala”

15. Kita juga perlu diperingatkan dengan hadith Ibnu Umar r.a. (Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad) bahawa Nabi SAW telah bersabda dengan maksudnya; “Seorang wanita telah diseksa kerana seekor kucing yang dikurungnya hingga mati kelaparan. Dia dimasukkan ke neraka kerananya. Kemudian Rasulullah bersabda; Allah lebih mengetahui bahawa engkau (wanita itu) tidak memberi makan dan minum ketika engkau mengurungnya dan engkau tidak melepaskannya supaya ia dapat makan apa yang melata di bumi.

16. Ya Allah! Ampunilah dosa kami dan binalah untuk kami sebuah rumah dalam syurgaMu!

SUMBER BERITA:-

17. Swine flu is a respiratory disease of pigs caused by type A flu viruses, the CDC’s Web site says. Human cases are uncommon but can occur in people who are around pigs. It also can be spread from person to person. Symptoms include a high fever, body aches, coughing, sore throat and respiratory congestion.

18. At least nine swine flu cases have been reported in California and Texas. The most recent California case, the state’s seventh, was a 35-year-old woman from Imperial County who got sick in early April. She had no known contact with the others.

19. Health officials are concerned because people appear to have no immunity to the virus, a combination of bird, swine and human influenzas. The virus also presents itself like other swine flus, but none of the U.S. cases appear to involve direct contact with pigs, Eberhart-Phillips said.

BACA BERITA SELENGKAPNYA:-
http://news.yahoo.com/s/ap/us_swine_flu_states

Wednesday, April 22, 2009

HADIRNYA KESEDIHAN...

Click image for clearer view.
Primary Source: http://drmaza.com


Kata Ibnularaby:
Terasa sajak ini begitu sekali dekatnya dihati tatkala ini... Mungkinkah sedang "Hadirnya Kesedihan" dalam hati, jiwa dan mindaku..
Ya Allah... Selamatkanlah aku dan seluruh umat ini daripada fitnah dunia yg menipu..
Kau pancarkanlah solusi Islam dalam dada-dada kami serta pemimpin kami..
Moga akhirnya kami semua bakal menghuni jannahMu tatkala KAU REDHAI KAMI dan kami terkesima gembira melihat wajahMu..
Aminnn..

~mU!z~

Tuesday, March 31, 2009

Perokok Lebih HINA daripada LEMBU...!! - TG Dato' Nik Abdul Aziz


KOTA BAHARU, 27 Mac - (Bernama) - Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan."Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah)."Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari LEMBU," katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini,hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu.-- BERNAMA


Kata Ibnularaby:

Sindiran ini mungkin agak tajam.. Namun aku rasa ia sangatlah layak buat golongan agama dan cerdik pandai yang tak reti2 nk tinggalkan rokok.. Ceramah bagai nk rak.. Tapi rokok tak leh tinggal.. Camne org nk dengar cakap awak.. Dah la most of the ciggarates producer adalah YAHUDI ZIONIST LAKNATULLAH.. Tu pun ramai tak sedar.. Semoga Allah bagi kekuatan kepada kita utk tajdid diri.. Dan kurangkan perbuatan kita yang boleh menyebabkan fitnah kepada agama ini..

~ PRO TAJDID ~

Friday, March 27, 2009

De Puncak..!! Supports Earth Hour 2009 Campaign..

VOTE EARTH.. YOUR LIGHT SWITCH IS YOUR VOTE !!

This year, Earth Hour has been transformed into the world’s first global election, between Earth and global warming.

For the first time in history, people of all ages, nationalities, race and background have the opportunity to use their light switch as their vote – Switching off your lights is a vote for Earth, or leaving them on is a vote for global warming. WWF are urging the world to VOTE EARTH and reach the target of 1 billion votes, which will be presented to world leaders at the Global Climate Change Conference in Copenhagen 2009.

This meeting will determine official government policies to take action against global warming, which will replace the Kyoto Protocol. It is the chance for the people of the world to make their voice heard.

Earth Hour began in Sydney in 2007, when 2.2 million homes and businesses switched off their lights for one hour. In 2008 the message had grown into a global sustainability movement, with 50 million people switching off their lights. Global landmarks such as the Golden Gate Bridge in San Francisco, Rome’s Colosseum, the Sydney Opera House and the Coca Cola billboard in Times Square all stood in darkness.

In 2009, Earth Hour is being taken to the next level, with the goal of 1 billion people switching off their lights as part of a global vote. Unlike any election in history, it is not about what country you’re from, but instead, what planet you’re from. VOTE EARTH is a global call to action for every individual, every business, and every community. A call to stand up and take control over the future of our planet. Over 74 countries and territories have pledged their support to VOTE EARTH during Earth Hour 2009, and this number is growing everyday.

We all have a vote, and every single vote counts. Together we can take control of the future of our planet, for future generations.

VOTE EARTH by simply switching off your lights for one hour, and join the world for Earth Hour.

REMEMBER...!!!

THIS SATURDAY, MARCH 28, 8:30-9:30pm.

http://www.earthhour.org

Tuesday, March 24, 2009

Orang Politik..!! Berbaloikah Ini Semua..??

Oleh: Dr Muhammad Asri Zainul Abidin (Bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis)
Sumber: http://www.drmaza.com

Malas rasanya hendak mengulas keserabutan politik negara kita. Saya yang berada jauh di cerok Lampeter, Wales ini pun terasa betapa serabutnya kerenah politik dalam negara. Kadang-kala rasa letih perasaan hendak membaca berita-berita negara kebelakangan ini. Semuanya tentang kekeliruan politik.

Jika ada berita yang menyejuk jiwa seperti kisah kejayaan adik Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal yang berjaya dalam pelajarannya sekalipun dari keluarga miskin, tidak pula menjadi isu hangat untuk diperkatakan oleh masyarakat kita. Mungkin sekadar laporan media untuk sehari dua. Tidak enak barangkali untuk dihidang bersama rakan sebagai jamuan telinga seperti mana sedapnya mendengar cerita kekalutan politik.

Padahal pendidikan dan ilmu diperlukan secara langsung oleh setiap insan, sedangkan politik rakus dan ‘gila kuasa’ hanya untuk mereka yang dimabukkan oleh syaitan. Sehingga saya baca daripada satu sumber berita kononnya dijumpai ‘barangan bomoh’ yang diletakkan di bawah meja Perdana Menteri. Pelik bunyinya kisah-kisah politik kebelakangan ini. Apa yang patutnya rahsia, dikongsi semua. Ada yang patut dikongsi semua, menjadi rahsia.

Maka tertanya sekelian rakyat: “tangan-tangan siapakah gerangan?”. Jika saya yang berada di Lampeter United Kingdom ini iaitu satu kawasan yang dianggap ulu tetapi tenang, menghijau, dengan udaranya yang segar dan masyarakatnya yang agak mesra, pun terasa mual dan loya dengan berita-berita negara kita, apatahlagi perasaan rakyat yang prihatin yang hidup dalam negara.

Atau mungkin rakyat negara kita sudah sampai kepada satu tahap menganggap kisah-kisah kecurangan dan sensasi ahli politik adalah satu hiburan seperti mana kisah-kisah gossip artis. Padahal ada beza antara dua kelompok tersebut. Gossip artis mungkin kesannya tidak seburuk kecurangan ahli politik yang rasuah, salahguna kuasa, memecah belahkan masyarakat hanya atas kepentingan, membazir masa rakyat dan menggadaikan masa depan awam.

Membaca berita ahli politik; tikam menikam sesama sendiri, benci-membenci dalam mengejar kuasa, curahan wang dan harta kerana pangkat semata, dedah mendedah keaiban masing-masing dan berbagai lagi menjadikan dada kusut dan serabut. ‘Sembang-sembang’ mereka penuh dengan sumpah seranah dan permusuhan hanya kerana kuasa.

Kawan-kawan orang politik ramai yang munafik daripada yang jujur. Pujian untuk orang politik banyak yang dusta daripada yang ikhlas. Bak kata ungkapan pantun dalam lagu: Inikah dia lakonan hidup, di pentas dunia insan berpura. Tipu dan daya mencapai maksud, budi dan harta merangkum noda.

Hairan kita dengan orang politik, apakah candu yang mereka telan sehingga mereka sanggup berada di alam yang seperti itu. Apakah yang mereka kejar untuk memperolehinya sehingga mereka sanggup meredah badai kesakitan jiwa dan perasaan yang sedemikian. Apakah mereka mengejar kuasa tanpa bahagia? Atau kuasa bersama derita? Atau biar derita asal berkuasa? Atau mereka sebenar tidak berjumpa dengan nikmat hidup bahagia? Atau mereka bak apa yang Allah firman dalam al-Quran: (maksudnya)

“Oleh itu, janganlah engkau tertarik kepada harta benda dan anak pinak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya mahu menyeksa mereka dengan itu semua dalam kehidupan dunia” (Surah al-Taubah: ayat 55).

Sejarah seantero dunia meriwayatkan cerita-cerita politik itu penuh dengan riwayat sengsara dan derita. Orang yang tamakkan kuasa sebenarnya mengidap sejenis penyakit gila yang mungkin bertindak di luar dari kebiasaan insan yang normal. Dia mungkin berbohong, khianat, rasuah, menzalimi insan lain, bahkan mungkin membunuh atas kegilaan yang luar kawalan. Dia sanggup mengorbankan segala-galanya, hanya kerana kuasa.

Tetapi yang pasti jika diteliti, mereka ini hilang kewarasan, kebahagiaan dan ketenteraman hidup. Jiwa mereka miskin. Bayang-bayang ketakutan atas dosa dan hilang kuasa memburu mereka setiap waktu dan penjuru. Perasaan resah apabila bersendirian tanpa pengikut, atau sendiri bermimpi ngeri bimbang hilang pengaruh. Demikianlah insan apabila Allah dan bayangan hari akhirat itu hilang dari jiwa seseorang insan.

Para pejuang kebenaran kerana Allah juga mungkin derita dan diseksa. Mungkin juga diuji dengan penderitaan fizikal dan tekanan perasaan sebagai insan. Namun, keimanan, keikhlasan dan harapan mendapat ganjaran di sisi Allah sentiasa menjadikan derita itu kecil, bahkan mungkin bertukar menjadi nikmat apabila apabila mengenang bahawa ujian dan bala itu penyebab ganjaran dan pahala serta menghapuskan dosa.

Jiwa mereka besar kerana tempat pergantungan mereka sangat agung. Ini seperti yang sering para pejuang sebutkan: “Jika aku dipenjara maka itu satu kerehatan. Jika dibuang negeri maka itu satu perlancongan dan jika aku dibunuh maka itu bererti syahid. Para pejuang kebenaran sentiasa damai kerana nampak ke mana jalan hendak dituju. Firman Allah dalam Surah al-Nisa’: (maksudnya)

“Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit maka sesungguhnya mereka pun menderita sakit seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan daripada Allah apa yang mereka tidak harapkan dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.

Ugutan, ancaman, penghinaan, kezaliman dan segala rupa kesakitan hidup dirasai oleh orang politik dan bukan politik. Namun antara perbezaan mereka yang berkerja untuk menegakkan kebenaran kerana Allah dan mereka yang berjuang untuk kepentingan tembolok sendiri adalah ketenangan jiwa dan kehalusan perasaan yang penuh syahdu dan lunak yang tidak dimiliki melainkan oleh golongan yang pertama.

Golongan pertama iaitu para pejuang kebenaran kerana Allah, tanpa mengira atas pentas apa mereka berada; dakwah, politik, ekonomi, pendidikan atau apa sahaja, akan melalui kesukaran perjuangan mereka dengan mendekatkan diri kepada Allah, mengharapkan pahala dan keampunan serta tawakal yang penuh kepadaNya. Samada kemenangan atau ketewasan; semuanya dihayati sebagai nikmat pengorbanan untuk insan kerana Tuhan.

Firman Allah Surah Ali ‘Imran 173: (maksudnya)

“Mereka yang apabila diberitahu oleh orang ramai (pembawa berita) kepada mereka: “Bahawa manusia berkumpul untuk memerangi kamu, maka gerunlah kamu kepada mereka”. (maka berita itu sebenarnya) menambahkan iman mereka lalu berkata: “Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadanya Segala urusan kami)”.

Sebab itu dalam sejarah kuasa politik sekalipun hebat, gagal untuk menundukkan pejuang kebenaran yang ikhlas. Sekalipun tubuh dan harta para pejuang itu diseksa dan dirampas, tetapi jiwa penguasa juga yang menderita. Namun sejarah terus mencatatkan kedua kelompok itu sentiasa berterusan wujud sekalipun menghadapi berbagai rintangan.

Penegak kebenaran kerana Allah ada di setiap zaman menghadapi segala tribulasi perjuangan kerana memburu keredhaan Allah dan syurga yang dijanjikan. Sementara kelompok yang tamakkan kuasa juga wujud di setiap zaman disebabkan penyakit gila yang meresap ke dalam jiwa mereka. Mereka terbayang pada kuasalah segala keindahan dan keseronakan. Mereka lupa betapa ramai yang berkuasa itu telah hilang nikmat kebahagiaan jiwa. Sabda Nabi s.a.w:

“Kamu semua begitu bercita-cita terhadap jawatan kepimpinanan, ianya akan menjadi penyesalan pada hari kiamat. Ianya sesuatu yang nikmat pada permualaannya tapi keburukan pada akhirnya” (Riwayat al-Bukhari).

Ya, politik bukan semuanya buruk. Berpolitik untuk menegakkan kebenaran serta berpolitik dengan disiplin yang ditunjukkan oleh Allah dan RasulNya adalah tuntutan. Kita perlukan orang politik yang melaksanakan tanggungjawab kepimpinan berdasarkan wahyu Tuhan. Namun jika politik itu adalah kisah ketamakan dan kerakusan seperti yang sering kita dengar, ia sebenarnya adalah kisah insan-insan yang hilang bahagia, berpenyakit jiwa dan gila.

Maka ingin kita bertanya kepada mereka ini yang sengit bertarung saban hari: “Berbaloikah semua itu?”

Tuesday, March 17, 2009

Doa Untuk 'Abduh..

Lama tak dengar berita ttg sahabat yang seorang ini..
Mungkin tersangat jauh perjalanan hingga tak sempat berutusan..
Namun berita yg ku terima tengahari Ahad lalu agak mengejutkan..
Doaku untukmu Abduh.. Moga Allah memelihara anda dalam keimanan
dan ketaqwaan kepadanya.. Kau bukan jenis yg mudah mengalah..
Jadikan ujian ini penambah tiang utuh keimanan kepada Rabbul Jalil..
Allah Jalla Wa'ala..

Telah diuji para Rasul 'Alaihissalam, para sahabah ridhwanullah 'alaihim, para
ahli ibadah dan ulama pejuang kebenaran sepanjang zaman.. Namun ujian Tuhan bukanlah penggoyah keimanan malahlah menjadi pemangkin semangat untuk mereka menjadi Muslim yg berhati waja.. Terus menerus dalam jalan untuk menjadikan Kalimah Allahlah yang paling tinggi di muka alam ini..

Semoga kau segera sembuh dan dapat meneruskan pengajian kembali dibumi Holland.. InsyaAllah

~mU!z~

Saturday, January 17, 2009

WE WILL NOT GO DOWN..!!! (Tribute to Palestinian Heroes)



Lyrics:

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die

We will not go down
In the night, without a fight

We will not go down
In Gaza tonight

Tuesday, January 13, 2009

Reminder.. ALL MUSLIM must ACT NOW for Palestine...!!!

1. Reminder.. Products to be boycott..!!! We will not die if we did not use these bands.. But more Palestinian will surely die everyday if you CONTINUE to use all these.. Act now.. It's so easy..

Complete list and description HERE..

2. Reminder.. Please contribute some money to the organization that can go directly to GAZA and help Palestinian there..

Among the organization that have good track record and more reliable are...
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
BANK ISLAM- Account No: 12113010005797
MAYBANK - Account No: 562209608847

Aman Palestin Berhad
BANK ISLAM - Account No: 12029010047880
MAYBANK - Account No: 562263010787

Islamic Relief Malaysia
MAYBANK - Account No: 562142708704

MERCY Malaysia
CIMB - Account No : 1424-000-6561053
MAYBANK - Account No : 5621 7950 4126

3. Reminder.. Don't ever forget to convey your du'a to all mujahideen in Pealestine and all muslims there and please read Qunut Nazilah in every final raka'ah of the daily prayers.

No specific du'a for Qunut Nazilah but among the dua that is quite popular among our muslim communities are.. You can print out and spend some money to make a copy and distribute. It is always better to utilize the paper to print double sided and include list of products to be boycott.
4. Reminder... spread the awarness among all the Muslims around us especially in our place. This is becoming a fardhu kifayah to all of us. Let's our little children or brothers and sisters to know about what happen to Palestinian now.. And encourage them to contribute too..
Remember.. If we don't do.. who will you expect to do it ??
5. Reminder... join any mass rally to protest the attack wherever it is organized to show our unity and protest.. But always remember to watch out our behaviour from doing anything that is not inline with the syariah.. Remember.. non Muslim judge ISLAM mostly based on what they SEE.. Not by what written in Quran and Sunnah. So, don't ever let yourself be the fitnah to ISLAM..

ACTION IS ALWAYS LOUDER THAN WORDS.. ACT FOR PALESTINE NOW.. May Allah count on all of our effort. InsyaAllah...!!

Monday, January 05, 2009

Shame on you Israel Laknatullah...!!!


Sehingga coretan ini ditulis, sudah lebih 500 saudara kita umat Islam Palestin telah terbunuh.. Ribuan lagi cedera.. Angka korban di pihak Yahudi laknatullah masih lagi tidah berganjak.. Hanya 4 orang.. Bukan kita mengharapkan mereka mati... Tapi lihatlah betapa berat sebelahnya pertempuran yang berlaku...

Ohhhh YAHUDI.. Sungguh memalukan...!!! Anda menyerang dengan segala kelengkapan dan kecanggihan.. Tetapi musuh anda diikat kaki dan tangan... Mereka terkurung dalam negara sendiri.. Apakah kamu bangga mampu membunuh mereka...??? Shame on you Israel..!!! Laknat Tuhan buat kamu...

Islam bukan agama yang menyuruh umatnya menjadi pembunuh.. Disiplin peperangan Islam cukup jelas.. Tiada dibunuh kanak-kanak, wanita dan orang tua.. Dan tidak juga dibunuh org-org yang berlindung dirumah-rumah ibadat (BUKAN SAHAJA MASJID)..

Namun lihatlah YAHUDI yang ULTRA ORTODOKS itu.. mereka tak mengenal apa2 pun.. Tiada perasaan.. tiada maruah dan tiada harga diri..

Minda mereka dirosakkan oleh pemikiran mereka sendiri.. Kononnya merekalah bangsa yang mulia.. Tiada siapa boleh masuk agama mereka.. Mereka hina agama2 dan bangsa lain didunia..

Padahal asal mereka MEREMPAT.. tiada tanah dibumi tuhan ini buat mereka.. Namun masa demi masa mereka merampas tanah umat Islam disaat kebanyakan umat Islam dibuai mimpi..

Lihatlah negara-negara Arab disekeliling.. BACUL..!! Mesir yang kononnya gedung ilmu Islami malang sekali punyai seorang pemimpin puppet yang tak punya fikiran yang murni.. Jika ada rakyat yang akan menyeberang ke bumi Palestin untuk jihad.. Polis-polis merekalah yang pertama akan menghalang dan membunuh pejuang-pejuang ini...

Tiada kegusaran dihati mereka memikirkan nasib saudara Islam mereka yang terkurung dalam penjara GAZA ciptaan Israel.. Tidakkah terdetik dihati pemimpin ini akan apa yang bakal diucapkan dihadapan Rabbul Jalil nanti tatkala ditanya apakah tindakan yang diambil menyelamatkan nyawa umat ini..?

Sedang membiarkan saudara dalam kelaparan sahaja tatkala dirinya kekenyangan sudah dianggap kurang iman... Inikan pula membiarkan saudara-saudara seIslam dibunuh dan dihancurkan tanpa belas kasihan...

Begitu juga Iran.. hanya mampu sekadar berlaungan... masih terkapai-kapai nampaknya mencari kekuatan.. Mungkin menunggu peluru YAHUDI jatuh ke bumi sendiri dahulu.. baru mahu bertindak..

Ya Allah.. Selamatkanlah saudara-saudara kami di Palestin... Kau berilah kekuatan kepada ummat ini utk bertindak.. Satukanlah hati-hati kami dalam menunaikan perintahmu dan sunnah Rasulmu Ya Allah.. Moga-moga dengan itu kami beroleh hidayah beserta kekuatan serta petunjuk bagi menghadapi musuh-musuh agamaMu ya Rabb.. Selamatkanlah Ya Allah... Selamatkanlah Ya Allah.. dan berilah kekuatan kepada para mujahidin di Palestin..


Aminnn...

BOYCOTT ISRAELI'S PRODUCTS CAMPAIGN..

P/S: InsyaAllah mari kita puasa bersama-sama pada keesokan hari iaitu pada 9 Muharram diikuti 10 Muharram seperti disunnahkan oleh Rasulullah SAW berdasar pada hadis-hadis berikut..
-Hadis yang Pertama
عن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه. مُتَّفّقٌ عَلَيهِ
Dari Ibnu Abbas -radhiyallahu ‘anhuma-, “Bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan untuk berpuasa padanya”. (Muttafaqun ‘Alaihi).
-Hadits yang Kedua
عن أبي قتادة رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم سئل عن صيام يوم عاشوراء فقال: ((يكفر السنة الماضية)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.
Dari Abu Qatadah -radhiyallahu ‘anhu-, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ditanya tentang puasa hari ‘Asyura. Beliau menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (HR. Muslim)
-Hadits yang Ketiga
وعن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُما قال، قال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم: ((لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.
Dari Ibnu Abbas -radhiyallahu ‘anhuma- beliau berkata: “Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Apabila (usia)ku sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (HR. Muslim)
Banyakkan berdoa buat saudara-saudara kita di Palestin disamping memberi sumbangan semampu mungkin.. Moga Allah mempermudahkan urusan kita serta ummat ini.. Aminnn..
-Salam Tajdid-

Thursday, January 01, 2009

Acting again...


Alhamdulillah.. Praise be only to Allah..

It's a new year again.. That's life we are in.. That's what we call reality.. The real thing is, we will always go forward and no one is able to go back even for 1 second..

Great..! But believe me.. We should still refer to the past since that is the most valuable days in our life.. We don't know what gonna happen today.. Same for tomorrow.. But yesterday can guide us on how to go on with the balance of the time we have today.. tomorrow and so on..
Why? Coz history might be repeating...

I'm facing the same loop.. If you guys remember, I did inform that my Senior Eng have left the company somewhere in July 07.. During that time, I'm still considered fresh.. Less than one year experience here in Silterra.. A lot of things happen.. issues.. interruption.. external audit by Earnst and Young.. few customers visit.. Anual revision of spec and procedures.. revision of few safety documentation on OSHAS and initiating new document on HIRARC.. hookup of new tools.. annual 2008 budget drafting and preparation and so on.. All of this headache took place only in 8 months time..

I would say that the time was really hard and challenging but yet the most interesting time in my life.. I feel like flying all around the places in this company.. Learn much on management job.. Meet people that I have never met before and start creating my own network.. I stay with my tech till late night and come back very eraly in the morning.. At the end.. It's just one word can describe the feeling.. SATISFIED..!!

In March 08.. I received one senior engineer which I respect much.. He is just like my father.. Very cool and steady.. He is around 46 Y.O now and previously from Site Operation Department.. Just came back from Haj in year 1428 H.. He join this company almost 9 years ago and having all the facilities system information at his fingertips.. Time passed.. he did a lot of contribution in our system when he take over the Sr. Engr post for UPW system.. It's a real relief for me..

But suddenly.... after 9 month with us... the tribe has spoken...

He'll be promoted as Site Operation's manager.. What does it means? It means that his old department want him back and have stole him from our hand without negotiation..

So now...

--> Please complete the slogan in your own words in not more that 5 pages.. Huhu.. ;)

Whatever it is.. it is still a Happy New Year to all of you guys..

Ikhlas from..
~mU!z~