(Khas Buat Isteri Tercinta, Dr. Nor Arifah Jamaluddin)
Ayang..
Kita belum pernah bersua sebelum ini..
Kita hanya berkomunikasi di alam maya..
Suara pun tak pernah didengari..
Tapi,
berbekalkan kekuatan hati dan istikharah pada Ilahi,
Kita bersetuju mengikat suatu janji,
Menelusuri kehidupan dunia hingga menuju syurga abadi..
InsyaAllah..
Ohhh.. Sungguh indah perjanjian ini..
Disaksi wali kita sendiri..
Bukan dimulai cinta buta yg memenuhi jiwa..
Hawa nafsu rakus yg amat durjana..
Tapi mohon petunjuk dari ilahi
kerna Dia yang Maha Mengetahui..
Ayang,
16 Januari 2010 satu tarikh keramat buat kita,
Hari yg sangat ceria dan indah
Walau ada janji kecil ku mungkiri..
Namun Ayang tenang menghadapi..
Maafkan daku sayang..
Ayang,
28 jam bersamamu selepas kita disatukan
Aku sudah bisa melihat kehebatanmu
Kau bukan seperti insan biasa lain diluar sana..
Kau punyai kekuatan.. Kau punyai misi yang jelas..
Ya Allah, syukur padaMu kerna menemukan aku dengan insan ini
Ayang,
Saat perpisahan semalam bukan satu yg mudah,
Setelah kasih mula berputik.. Hati rasa cinta.. Sayang mula hadir
Aku dapat rasakan apa yang kau rasa..
Walaupun dua minggu bukanlah tempoh yg sangat lama..
Namun hanya perasan kita saja mampu menceritakan segalanya..
Ayang,
Walau sejauh mana kita dipisahkan..
Janjiku..
Kau tetap sentiasa dihati..
Kau tetap terus kurindui..
Sepanjang hidup masih bernadi.. :)
Ikhlas,
Habibmu.. (5.45PM, Kulim, Kedah)
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
-
Pendahuluan Mengapa perbincangan tentang pendidikan sering kali menimbulkan
perbezaan pendapat? Sudah tentu, ini bermula daripada perbezaan di antara
penda...
2 days ago
5 comments:
Coretan hati yang baik..Moga kekal hingga ke Syurga...
Barakallah 'alaikuma..
terasa plak adi baca..huhu...
Thanks..
Terasa? Terasa apa? haha.. :)
semoga bahagia sehingga akhir hayat..amin...
Thanks Tah.. Sori ari jumaat tu tak leh jumpa lama.. Tah pun ada kelas kul 5..
hehehe...dekat part ke 2 tu..sedih2..doa2 le kat adi sama ye..
Post a Comment