Wednesday, May 26, 2010

Sayang, Kasih Cinta Dan Rindu..

Sayang,,,1 perasaan yg susah untuk digambarkan,

Ketika baru kenal dunia,

insan yg paling hampir adalah ibu,

Celik mata ibu tiada di sisi..meraung ketakutan,,

Ibu adalah sumber segalanya,

Ibu memberikan sepenuh kasih sayang dan pengorbanan,

Kesakitan yg dilalui sepanjang proses kelahiran hilang sekelip mata,

Apabila menatap wajah si comel,

Bila melangkah remaja..kawan-kawan adalah segalanya,

Di situlah permulaan jati diri,Kawan adalah cerminan siapa diri kita,,

Saat ini juga dapat kita merasakan kasih sayang 4JJI bersama kita

Dan Alhamdulillah berjaya melepasi zaman remaja yg penuh ranjau

Dengan keredhaan 4JJI,menemukan kawan-kawan yg sangat baik,

Umur masih di amankan 4JJI,setiap tahun umur meningkat,

Begitu juga dengan amanah yg kian bertambah,ujian yg berbagai..



Saat ini insan yg di harapkan sebagai teman adalah pasangan hidup,

Yg sanggup melayari bahtera kehidupan yg mencabar,

Saban hari ada sahaja ujian baru dari 4JJI,

Dan ketika itu,Kau ada untuk menenangkan ku,

Sangat berbeza dengan sentuhan ibu..mahu pun kawan,

Masya4JJI begitu kuat kasih sayang 4JJI untuk diriku yg lemah ini

Aku tahu KAU sangat menyayangi ku, Ya 4JJI

Buktinya,

kau memberi insan ini untuk bersamaku,

Bukan senang untuk mencari seorang muslim yg soleh,

Aku takut untuk mencari,,maka aku terus berdoa,,Berdoa dan berharap,,

berkali-kali Kau ujiku dengan ujian lelaki,,

Yg pandangan ramai begitu soleh,,aku juga memandang begitu

Aku terus lalui masa dengan menyediakan ujian untuknya,

Melihat dan menilai siapa sebenarnya bakal suami dan bakal ayah kepada anak-anak ku,,



Aku tetapkan kriteria,dan setelah itu,aku berdoa kembali,

Betulkah istiqarah ku dulu,

Ya 4JJI seandainya benar dia jodoh ku,maka kau permudahkan urusan suci ini,

Ku mohon agar kami di pelihara dari sebarang maksiat,

Seandainya dia bukan jodohku,maka tolong ya4JJI jauhkan dia dari ku,

Kuatkan hati ku untuk melupakan dia..

Betapa sukar menjaga hati,air mata menamani setiap saat hidupku,

Aku cuba buang naluri sayang,rindu,cinta pada nya,

bagiku bukan masanya lagi,



Alhamdulillah,Kau sajalah tempat pergantungan ku Ya 4JJI,

Kau maha mengetahui,dan aku yakin Kau akan mengantikan yang lebih baik untukku,



Aku Berjaya melalui masa itu, walaupun begitu pahit sekali,

Kawan2 memberi semangat memahami situasiku

Kini,Kau menemukan pula dengan insan yg x pernah ku kenali,

Yg sangat jauh bagi ku,

Hanya berbekalkan istiqarah aku menerimanya,

Kau membongkarkan rahsia kesolehanya satu persatu,

Aku begitu kagum apabila makin mengenalinya,

Dan kini Kau berikan perasaan yg aku pendam lama,

Sejak dari cinta monyet yang ku tepis satu persatu,

Sekarang inilah masanya,untuk aku merasai..

Apa itu cinta,,apa itu rindu,,apa itu sayang..

Sungguh nikmat memiliki semua perasaan ini apabila sudah bergelar isteri

Malah sentiasa beroleh pahala apabila bersabar menghadapi rindu yang mencengkam

Terima kasih 4JJI,

Aku berharap agar dapat melahirkan syukur ku pada mu

Dengan terus menjadi mujahidah solehah,anak yg solehah,Isteri solehah dan doctor muslimah,



Buat insan yg disayangi,

ku pohon agar kau dapat menjadi teman sejati ku sehingga berjaya mencapai matlamat

Kita dihidupkan,iaitu khalifatullah..

Sayang,rindu, kasih,dan cinta

Hanya buatmu suamiku tercinta…ABDUL MUIZ ABDUL WAHAB



Nukilan Hati,

Isteriku,

Dr. Hjh. Nor Arifah Hj. Jamaluddin

25 Mei 2010, 4.20 PM.

Sempena Hari Lahirku ke 27..

No comments: