Monday, October 01, 2007

Kejamnyerrrr !!!

Hari ni suasana ceria pagi Isnin bertukar duka seketika apabila aku diberitahu akan hal itu. Pagi yang aku harapkan menjadi titik permulaaan untuk mengurangkan sedikit beban dibahu menjelang 7.1K WSPW Ramp hancur berkecai begitu sahaja. Nampaknya situasi ini akan berterusan buat beberapa bulan lagi.. Lebih memburukkan lagi keadaan, masih ada ketidaktentuan yang harus di selesaikan sebelum matahari gelincir. Namun apa boleh ku buat.. aku gagal berfikir tatkala ini.. Aku lebih mudah mencoret fikiran yang kecamuk ini berbanding menyiapkan tugasan yang memeningkan…

Walaubagaimanapun, ia mesti diteruskan jua…! Ya Allah, berilah kekuatan buat hambamu ini..!

Tiba2 tinta ini terhenti…!! Terkulai minda ini di pagi 19 Ramadhan..

5 comments:

Illi Puad said...

7.1K WSPW Ramp? ape bnde tu ye Tun Muiz? partner ko xdtg lagi ke?ke x jadi dtg? ape2 pn masalah ko, sabar ye Tun Muiz. InsyaAllah akn dipermudahkn nnt.fighting!!!

Anonymous said...

huhuh baru ingat nk tanya gak ape ke mende nye 7.1K WSPW Ramp tu.. rupenye ade org dah pintas dulu.. huhuh haa Tun jawab2, 2 org dh xpaham ni... uhuhuh..
ape pun sabar ye Tun.. org bergelar Tun seharusnya memiliki kekentalan Jiwa berpendirian teguh lagi utuh, setaraf gelarannya.. hehehe.. Gaduh!! (versi BM)

ibnul'araby said...

Ahhahaa.. Sorry la, tension giller semalam .. Actually 7.1K WSPW tu stand for 7100 Wafer Start Per Week. Dalam semiconductor industry, benda tu kire menunjukkan capacity yang dimiliki oleh sesebuah syarikat. Ada gak company pakai kiraan per month.

Apa yg terjadi skang ni ialah Siltera dalam proses membeli equipment2 baru untuk upgrade capacitynya dari 6.75K kepada 7.1K. bernilai ~ 100 Million.
Dan masa ni dipanggil hookup time dimana facilities akan menjadi sibuk yang teramat sangat kerana akan buat design, review quotation and supervise installation project sampai complete. Ok?

Firasat Dr Illi tepat skali.. hhoho.. Dia tak jadik masuk! BEtapa kejamnya manusia itu. Sepatutnya report Oct 1,2007. On the same morning baru dia antar auto mail to my manager cakap dia tak interested. Kok ye pun tanak datang cakap la awal2. Bole arrange orang lain! Huhu..

Hmm.. Thanks bro atas inspirasi itu..! Ya.. itulah semangatnya..! InsyaAllah akan ku harungi sume ni dengan kental lagi tabah! Tak Tun la kalo lemah semangat kan? Hoho..

Nanti akan ku ceritakan dua motovasi manager ku setelah aku hampir mengangkat bendera putih semalam..!!

Anonymous said...

Semoga diberi ketabahan & ketenangan yg abadi... Tun Abdul Muiz sememangnya terkenal dgn sifat cool & karismanya sebelum ni. Sebut je namanya, terus meniti dibibir2 lecturer..hehe.

Teruskan wibawa & karisma anda walau di mana berada. Never stop till u reach the top. And the sky is the limit!!

(huhu, hari ni pilihan raya kampus di uia, mcm2 msg diorg hantar..waa, daku bkn lg student di sini, knp diorg msh nak hantar msg pdku..tertekan)

ibnul'araby said...

Aminn.. Thanks Dato' Nazri... Huhu.. :)

Ntah sebab apa semalam begitu menakutkan..! Padahal banyak lagi cabaran yang telah dan pernah kita tempuhi sebelum nih.. Maybe bcoz 2-3 benda datang sekaligus kot.. huhu..

And maybe gak cabaran bulan puasa..

Fikir2 balik malu jugak.. Ni baru ujian sikit, belum kena dengan ujian anak2 and isteri2.. (opsss)..
Ujian sakit lagi.. hmm..

Tiba2 teringat satu email yg pernah dihantar oleh Dr. Illi, tajuknya Mengapa mengeluh..!
Nanti akan diposkan jugak disini.. InsyaAllah..