Wednesday, December 31, 2008

Facilitate things to people...


Alhamdulillah.. suka tak suka, kita telah melangkah ke tahun 1430 hijrah.. Dah lama rupanya Nabi SAW meninggalkan kita.. namun jerit perih para salaful ummah dan ulama terkemudian menjadikan agama ini mudah untuk kita hayati..


Kalau bukan kerana titik peluh mereka meriwayatkan hadis dari Nabi SAW dan mengumpulkan Al-Quran buat kita dan andai tidak kerana ketabahan minda mengharungi onak duri dalam perjalanan mengumpul hadis-hadis tersebut serta mensyarahkannya.. mana mungkin kita mampu menggunakannya semudah ia tersedia pada hari ini..


Namun masih ramai lagi yang alpa.. Entahlah.. Menuju akhir tahun yang lalu terfikir jugak.. mengapalah umat Islam terutamanya dari kaum yang kita cintai ini sangat cuai dengan agamanya.. Sedikit yang ingin menghayati agama pula, kadangkala melampau garis panduan yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul yang mulia..


Risau diri ini memikirkan tanggungjawab yang perlu dilaksana.. Tatkala manusia sekeliling mengabaikan solat.. mereka juga meniggalkan puasa.. suka-suka berjudi membelakangkan hukum yang esa.. Beraksi zina tanpa segan silu lagi..


Tidak pernah aku bayangkan umat Islam Malaysia bakal jadi separah ini... Itu yang terlihat dimata.. Entah berapa banyak lagi yang tak terjangkau diminda..


Tuhan.. Berikan kami kekuatan.. Tiada Tuhan layak disembah melainkan Allah..

Kaulah Ilah yang memberi petunjuk kepada Insan... Kau yang menetapkan pengakhiran bagi kami.. Jadikanlah kami hamba yang bertaqwa.. Yang tunduk patuh pada arahan dan perintah MU.. Musnahkanlah kuffar yang merosakkan minda kami dan mengancam saudara-saudara kami di Palestin..


Ya Allah, sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka. Ya Allah, leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka.. Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka, Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjung kamu kepada mereka wahai tuhan yang gagah perkasa


Wahai tuhan yang penuh berkuasa.. Wahai tuhan yang bersifat murka..


Ya Allah, Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, Wahai Tuhan yang mengarakkan awan, Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Ahzab.. Kalahkan mereka.. Kalahkan mereka.. Kalahkan mereka.. Dan menangkan kami ke atas mereka.


Monday, November 17, 2008

Apabila Mufti Berpuisi...

BARANGKALI sesetengah pihak berasa agak pelik apabila Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin berhasrat menulis puisi yang kemudian akan dilagukan oleh Kopratasa. Barangkali juga akan bertanggapan bahawa tugas ulama hanya memberi ceramah dan berkarya pula hanya dilakukan oleh seniman.

Tetapi dalam keadaan di mana wujud sesetengah ulama yang gemar 'melarang' atau 'mengharamkan' daripada memberi teladan, kemunculan Dr. Mohd. Asri boleh mewujudkan satu fenomena baru. Kita boleh melarang orang membuat satu perkara tetapi dengan syarat memberikan sepuluh pilihan misalnya yang yang mereka boleh lakukan. Fenomena ini tidak wujud di negara kita.

Sepatutnya ulama lebih mahir memahami dan menghayati puisi malah turut berkarya untuk direnungkan oleh khalayak. Dari situ barangkali membantu ulama membina pemikiran kreatif untuk menyampaikan ajaran-ajaran mereka.

Sebenarnya Dr. Mohd. Asri sudah menulis puisi dan beberapa kali mendeklamasikan puisi beliau. Tidaklah pelik seorang mufti bergelandangan di pentas puisi bersama khalayak kerana ulama terkenal seperti Hamka juga seorang novelis yang tersohor.

Puisi bukanlah kerja orang yang 'khayal' dan menunggu ilham datang dengan bersendirian di tepi pantai atau melarikan diri daripada realiti. Puisi adalah kepaduan pemikiran yang dialirkan dalam kata-kata yang bukan saja sangat terhad tetapi membawa makna yang melampaui kata- kata.

Beberapa tahun lalu, ada sesetengah ulama mengharamkan lagu Doa daripada puisi Chairil Anwar. Doa adalah sebuah puisi dan lagu yang sangat syahdu dan menginsafkan. Tetapi kerana ada sesetengah ulama tidak memahami puisi, maka menghukumkan karya itu. Itu adalah akibatnya apabila karya seni difahami secara literal. Ulama berkenaan tidak memahami tuntutan kepenyairan dalam mengatur kata demi kata.

Nasib baiklah lagu Doa tidak diharamkan penyiarannya oleh RTM, satu-satunya stesen penyiaran yang sangat galak mengharamkan lagu yang mereka tidak faham. Alangkah ruginya kalau karya seindah itu menjadi mangsa pihak yang kurang faham.

Kehadiran Dr. Mohd. Asri dalam dunia kepenyairan tepat pada masanya. Malah memilih medium iaitu memberi kepercayaan kepada Kopratasa menyanyikan puisi-puisi itu adalah langkah proaktif mendekatkan diri dengan khalayak. Dalam keadaan masyarakat yang membelakangkan hal-hal yang bersifat kreatif dan seni, tokoh seperti Dr. Mohd. Asri perlu membantu memahamkan mereka tentang ketinggian seni.

Kita terpaksa menerima hakikat bahawa ucapan pemimpin-pemimpin kita yang berjela-jela, penuh dengan bombastik dan didaktik belum tentu sampai kepada sasaran berbanding sebuah puisi seperti Aku Rela karya Dr. Mohd. Asri misalnya. Sebenarnya di negara kita saja yang kononnya "moden" tidak mengendahkan puisi. Tetapi negara lain yang jauh lebih maju lebih pula menilai puisi.

Keberanian Dr. Mohd. Asri bersuara dalam keadaan banyak yang lain 'berani berdiam', kita tentulah mengharapkan puisi-puisinya yang akan dilagukan ini membawa nada yang sama.
Semoga Mohd. Asri bukanlah ulama terakhir yang menulis puisi, mendeklamasi puisi dan meminati puisi.

E-mel: cp@galaxystudio.com

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1117&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm


** Album sulung puisi Dr Maza ini bakal dilancarkan di Yayasan Restu, Selangor pada 25 November 08 jam 11.30 am. Beliau akan menamatkan perkhidmatan sebagai Mufti Kerajaan Negeri Perlis pada 1 Disember 08 dan bakal berangkat ke UK selama lebih kurang 7 bulan bagi membuat lebih banyak kajian dalam bidang hadis.

Galeri Puisi Dr Maza @ drmaza.com:

http://drmaza.com/home/?page_id=60

Lagi Berita:

http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/11/14/mstar_hiburan/20081113204833&sec=mstar_hiburan

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Nasional/20081115071905/Article/
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1115&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm&arc=hive

Thursday, November 06, 2008

Pensyarah UKM, Mantan Naib Mufti Sarawak - Calon Mufti Perlis yang Baru?


Eksklusif Dua tokoh agama dicadangkan kepada Raja Perlis sebagai calon Mufti Kerajaan Negeri Perlis yang baru bagi menggantikan SS Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang bakal menamatkan perkhidmatannya hujung bulan ini.

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini, pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Azwira A Aziz dan bekas Naib Mufti Sarawak, Dr Juanda Jaya telah dicalonkan mengisi kerusi penting itu.Sebelumnya bertugas sebagai ketua penolong mufti, anak Sarawak lulusan Universiti al-Azhar itu kini ketua penolong pengarah di bahagian dakwah Jabatan Agama Islam Sarawak.

Pada 7 Oktober lalu, Dr Mohd Asri memutuskan bersara mengejut akibat "tidak selesa dengan permainan politik" oleh beberapa pihak dalam kerajaan negeri berhubung pengendalian kontrak perkhidmatannya.Beliau menyifatkan cara pengurusan kontraknya "macam main silap mata". Sehari selepas itu beliau diterima mengadap Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bagi menyatakan hasratnya itu.Menjunjung titah Tuanku, tambah bekas pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu, beliau melanjutkan tempoh perkhidmatannya selama sebulan sebelum berlepas ke United Kingdom selama tujuh bulan bagi menjalankan kajian berkaitan pengajian hadis dan politik.

Dihubungi semalam, Dr Azwira mengesahkan telah dimaklumkan perkara itu oleh Dr Mohd Asri selepas pertemuan mufti muda itu dengan baginda.Dr Azwira bagaimanapun belum membuat keputusan akan menerima pelantikan itu jika terpilih.Pensyarah kanan di Jabatan al-Quran dan al-Sunnah itu merupakan pemegang doktor falsafah dari UKM, sarjana dari Jordan dan sarjana muda dari Universiti Islam Madinah.Pengarang beberapa buku berkenaan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah berkata akan menerima pelantikan itu jika mendapat sokongan padu daripada rakyat Perlis dan tidak terlibat dengan unsur-unsur politik seperti yang didakwa berlaku terhadap Dr Mohd Asri.Bapa kepada lima orang anak itu juga berkata sedang menimbangkan faktor-faktor lain seperti sentimen kenegerian dan hal-hal peribadi melibatkan penghijrahannya ke negeri itu dan proses menamatkan perkhidmatannya dengan UKM.
Menjelaskan situasi kenegerian itu, beliau berkata:"Dua minggu lepas saya ke Perlis. Saya lihat masih wujud sentimen kenegerian."Anak kelahiran Kelantan itu kini menetap di Semenyih, Selangor. Dr Mohd Asri yang berasal dari Bukit Mertajam memecahkan tradisi apabila dilantik sebagai mufti Perlis dua tahun lalu.Dr Azwira bagaimanapun tidak kisah sesiapa pun mengisi jawatan itu selagi mempunyai pemikiran dan fikrah Ahli Sunnah wal-Jamaah.Ditanya fokus dan pendekatan beliau jika dipilih, beliau yang 16 tahun berpengalaman mengajar di UKM dalam bidang agama berkata:"Saya ingin fikrah sunnah (Ahli Sunnah wal-Jamaah) diteruskan. Mungkin saya tidak setanding Dr Mohd Asri yang terkenal di peringkat nasional. Saya ingin fokuskan kepada aktiviti pemantapan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah di peringkat negeri."
Malaysiakini belum berjaya mendapat ulasan Dr Juanda, setakat ini.
Menteri Besar Perlis Datuk Seri Mohd Isa Sabu pula ketika dihubungi semalam berkata kerajaan negeri belum dimaklumkan calon-calon untuk mengisi jawatan itu."Kita masih cari lagi (calon-calonnya)," katanya.Majlis Agama Islam Perlis belum memaklumkan kepadanya berhubung calon-calon bagi mengisi jawatan itu, tambahnya.Ditanya tentang ciri-ciri calon mufti baru yang diharapkannya, Mohd Isa berkata kerajaannya akan menerima siapa sahaja calon yang dicadangkan majlis itu dan yang diperkenankan Raja Perlis."Apapun bergantung kepada keputusan Tuanku. Baginda merupakan ketua agama Islam di Perlis," katanya.
Menurut prosedurnya, majlis agama Islam akan mencalonkan nama-nama pilihan sebelum dibentangkan dalam mesyuarat exco negeri. Seterusnya, kata menteri besar, pelantikan akan dibuat jika mendapat perkenan baginda.Bagaimanapun, wakil rakyat Bintong itu berkata, perkara itu belum dibincangkan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri, termasuk semalam, tiga minggu sebelum jawatan itu kosong.
- PRO TAJDID -

Tuesday, September 30, 2008

Salam 'Eidul Fitri..



Salamun 'ala manittaba'al huda..

Alhamdulillah.. Kita diberi kesempatan oleh Allah Jalla Wa'ala utk terus menikmati hidup sebagai insan kamil di dunia ini.. Dengan perintah, supaya manusia beribadah kepadaNya..

Telah diwajibkan puasa sepertimana diwajibkan kepada umat-umat terdahulu sebelum kita dengan matlamat akhir moga-moga ia membawa diri, jiwa dan nurani lebih dekat kepada Rabbul Jalil..

Taqwa bukan sesuatu yang mudah diperoleh.. Ia hasil usaha besar dengan menjadikan nafsu serakah insan sebagai taruhan.. Nafsu disalai dan ditekan supaya tunduk pada arahan dan syariat yang telah dijelaskan melalui Al-Quran dan Sunnah.. Akhirnya apabila segala perintah Allah dijunjung di atas melebihi segalanya manakala laranganNya pula diwaspadai dengan sepenuhnya, maka itulah puncak kegemilangan yang disebut TAQWA yang sempurna..

Maka atas kapasiti insan yang sering lupa dan sangat lemah minda dan tahap ilmunya.. marilah kita memperbanyakkan doa kepada Allah

“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah." (Surah al-Baqarah, ayat 286).
Namun ia bukanlah alasan utk tidak menggunakan akal fikiran yang agung kurniaan Allah dengan sempurna.. Kekadang bukan manusia ini lupa sangat.. tapi kurang menggunakan akalnya... Maka marilah sama2 kita menguatkan azam menjadi hamba berTAQWA kepada Allah yang telah memberi hidayah Islam kepada kita... Kerana sesungguhnya yang paling mulia disisi Allah adalah manusia yang paling bertqwa dikalangan kita..
Salam 'Eidul Fitri
Kullu 'amin wa antum bikhair..
Taqabbalallahu Minna Waminkum..
Ikhlas:
Abdul Muiz Hj. Abdul Wahab @ ibnularaby...
Kulim Hi-Tech Park,
Kedah Darul Aman

Monday, September 22, 2008

Bila Tiba Penghujung Ramadhan...


عَنْ عَائِشَةَ - رضى الله عنها - قَالَتْ كَانَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ ، وَأَحْيَا لَيْلَهُ ، وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ


Maksudnya: Aisyah berkata: Sesungguhnya Nabi SAW apabila masuknya sepuluh malam akhir Ramadhan, mengikat kainnya, menghidupkan malamnya dan mengejutkan keluarganya.
(Hadith riwayat al-Bukhari – no.2024, Muslim – no.2844)
Huraian:
Hadith ini menunjukkan betapa Rasulullah SAW memberikan penekanan dan tumpuan yang lebih pada malam-malam akhir Ramadhan khusus untuk ibadah. Ini selaras dengan beberapa hadith lain yang memberitahu tentang kelebihan malam-malam akhir Ramadhan termasuklah kelebihan malam Lailatul Qadr.

MENGIKAT KAINNYA
Ibn Hajar dalam huraiannya terhadap Sahih al-Bukhari telah menyatakan bahawa para ulama mempunyai beberapa pendapat terhadap istilah ‘mengikat kainnya’. Di antara pendapat yang paling kuat ialah ia membawa dua maksud iaitu – tidak menghampiri isterinya (melakuka hubungan suami isteri) dan ini digambarkan dengan istilah ‘mengikat kainnya’. Manakala satu lagi maksud ialah bersungguh-sungguh dalam ibadah. Namun begitu kedua-duanya adalah tepat jika dilihat dari perbuatan Nabi SAW apabila tiba malam-malam akhir Ramadhan.

MENGHIDUPKAN MALAMNYA
Perkataan yang digunakan oleh Aisyah iaitu ‘menghidupkan’ amat bermakna. Seolah malam yang tidak digunakan untuk beribadah adalah malam yang mati dan tidak hidup. Rasulullah SAW telah memberikan pedoman terbaik untuk kita agar mengubah malam yang kelihatan ‘mati’ itu dengan ‘menghidupkannya’ dengan ibadah di kala manusia nyenyak tidur.

MENGEJUTKAN KELUARGANYA
Dalam beribadah, Rasulullah SAW tidak melupakan keluarganya. Mungkin seorang suami lebih selesa untuk beribadah tanpa memperdulikan keluarganya kerana cenderung untuk bersendirian tanpa menyusahkan diri mengejutkan anak dan isteri. Tapi Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh terbaik dan teladan ikutan kepada seluruh umatnya terutama ketua keluarga agar tidak mengabaikan keluarga walaupun dalam ibadah yang sunat sebegini.

Marilah kita sama-sama mengambil peluang malam-malam akhir Ramadhan ini untuk melakukan sesuatu agar diri kita berjaya di akhirat sebagaimana kita bersungguh untuk berjaya di dunia. Semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita dan menerima taubat daripada hati-hati kita.

Salam Kasih Sayang & Selamat beribadah…


- PRO TAJDID -
Sumber: http://www.al-ahkam.net/ (Jabatan Hadis)
Poster: www.iluvislam.com

Friday, August 29, 2008

SEBARAN

CERAMAH PERDANA
"Kelebihan dan Amalan Menurut Sunnah Dalam Bulan Ramadhan"
Oleh: Ustaz Ramadhan Fitri Bin Elias
Pada: 31 OGOS 2008
Tempat: Surau Raudhotul Ulum, Taman Bukit Jambul, Pulau Pinang
Masa: Selepas Solat Tarawih
*** Solat tarawih pada malam itu akan diadakan sebanyak 8 rakaat sahaja bagi memberi laluan kepada ceramah perdana ini.

Monday, August 25, 2008

GEMURUH..!!

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa..

***Lagu tema MyStarzLG. Dinyanyikan oleh Faizal Tahir (OIAM)..

Kenapa ia disini..??
- Hmmm.. Ade something dalam lagu nih yang cukup merangsang mindaku tatkala ini..
Ape ek?? Hoho..
Whatever it is.. Ceria selalu.. And Cheers..!! ;p

Wednesday, June 25, 2008

"CERAMAH PERDANA: PERMUAFAKATAN MENJANA KEKUATAN UMMAH..."


Oleh: SS DR. MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN

(Mufti Kerajaan Negeri Perlis)


Pada: 28 Jun 2008 (SABTU)


Jam: 9.00 malam


Bertempat di: Perkarangan Masjid Makbul, Sg. Pinang, Pulau Pinang

Anjuran: Yayasan/Persatuan Bina Ilmu Pulau Pinang & Institut al-Qayyim

Wednesday, May 28, 2008

Alhamdulillah.. Doaku dimakbulkan...

Tiada daya upaya melainkan segalanya dari Alah Jallawa'ala.. Maka, andai hidup lari dari rasa bertuhan, maka tiadalah apa lagi yang mampu menjaga diri dan menjadi pendinding kepada perkara mungkar dan kemaksiatan.. Maha suci Allah yang menunjukkan jalan kebenaran dan memberikan Islam kepada kita semua. Dia jugalah yang menceritakan akan perihal hari kiamat dan perhitungannya di padang Mahsyar untuk kita jadikan motivasi meningkat amal dan menjauhi mungkar..

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ

“Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkaulah yang menciptakan aku. Aku adalah hambaMu. Aku akan setia pada perjanjianku denganMu semampuku. Aku berlindung kepadaMu dari kejelekan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh kerana itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau.”

(Barangsiapa membacanya dengan yakin ketika petang hari, lalu ia meninggal dunia pada malam itu, maka ia masuk Syurga. Dan demikian juga ketika pagi hari.” )

(Sahih - Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari)

Alhamdulillah.. Suasana sukar beberapa bulan lepas sudah beransur kurang.. Bukan menyesali bebanan, cuma sekadar melepas terjahan tekanan yang tak henti-henti.. Sebulan dua yang lepas mmg saya dalam sedikit kesibukan.. Maka blog ini hampir bersarang.. Walaubagaimanapun hari ni sempat mencuci sikit sebanyak sarang2 itu.. :)

InsyAllah.. Saya dan keluarga akan berlepas ke Tanah Suci esok untuk melaksanakan ibadah Umrah dan ziarah. Kami insyaAllah akan melalui Jordan sebelum ke Madinah. Kali ini kami akan mengikuti pakej kendalian Andalusia travel (pakej yang pernah Dr Illi ikuti tahun lepas).. Alhamdulilah.. Doaku setahun sudah untuk kembali lagi berada dihadapan Baitullah Al-Haram dimakbulkan olehNya..

Diharapkan sahabat2 semua mendoakan keselamatan kami sekeluarga dalam perjalanan dan moga2 ibadah kami diterima oleh Allah SWT. InsyaAllah, saya juga akan mendoakan anda semua...

Sekian catatan ringkas buat kali ini...

-ibnul'araby-

Thursday, May 08, 2008

CERAMAH PERDANA SS Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Semua Muslimin Dan Muslimat Di Jemput Hadir Bersama-Sama..
Tolong sampaikan maklumat ini kepada rakan2 dan sahabat2 lain di sekitar Pulau Pinang..

Wednesday, March 19, 2008

FORUM PERDANA : PULAU PINANG.

TARIKH :
21 MAC 2008 (JUMAAT)

WAKTU :
9.00 MALAM (Selepas Isyak)

TEMPAT :
MASJID UMAR AL-KHATTAB, BANDAR BAYAN BARU
PULAU PINANG. (Bersebelahan Sunshine Square)

PANEL:
1. Y.Bhg Dato' Seri Anwar Ibrahim (Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia)

2. Y.B Sdr Fairus Khairudin (Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang)

3. Y.B Dr. Mujahid Yusuf Rawa (Ahli Parlimen Parit Buntar)

4. Y.Bhg Dr. Danial Zainal Abidin (Penasihat JIM Pulau Pinang)


Semua Rakyat Jelata Di Jemput Hadir...

*** Maklumat Akan di kemaskini dari semasa ke semasa.
*** Sila ikuti semua arahan pihak berkuasa dan Polis untuk melancarkan perjalanan program.

Monday, March 10, 2008

KENYATAAN RASMI TUN IR ABDUL MUIZ ABDUL WAHAB

KENYATAAN MEDIA
(Berhubung Keputusan Rasmi Piliharaya Umum Malaysia ke 12)

10 MAC 2008.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, pilihanraya umum Malaysia bagi penggal Parlimen ke -12 dan juga semua DUN kecuali Sarawak telah selamat disempurnakan. Keputusannya juga telah diketahui umum. Yang layak tersenyum sudah pun tersenyum dan yang layak menangis telahpun menangis. Maka yang tinggal hanyalah bagaimana kerajaan baru yang dibentuk samada di peringkat Nasional atau diperingkat Negeri akan melaksanankan amanah yang iterima daripada rakyat dalam menzahirkan segala janji dalam manifesto yang telah diajukan kepada rakyat semasa tempoh berkempen yang lalu.

Keputusan kali ini bukanlah satu kejutan yang besar bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan politik tanahair secara menyeluruh dan bukan berpihak. Tapi manifestasi rakyat terhadap parti memerintah kali ini nampak sedikit ekstrim dan diluar jangkaan banyak pihak mungkin kerana mereka kurang memberikan tumpuan kepada hampir 40% pengundi senyap (silent voters) yang tidak menunjukkan sebarang sikap berpihak kepada mana-mana parti. Golongan ini pada hemat saya yang sebahagian besarnya terdiri dari golongan berbangsa Tionghua merupakan penyumbang terbesar kepada kemenangan pihak pembangkang kali ini. Kebimbangan terhadap silent voters ini pernah disuarakan oleh Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon sebelum ini yang pada pendapatnya mampu memberi kebaikan dan mungkin juga keburukan kepada parti memerintah.

Dalam pada itu, kelemahan yang ada pada ketua parti pemerintah juga menjadi salah satu faktor penentu kepada kekalahan besar mereka pada kali ini. Kegagalan pertama yang saya perhatikan sejak selepas berjaya mendapat mandat besar 4 tahun lalu ialah mengekalkan pemimpin lama yang sebahagiannya mempunyai rekod peribadi yang buruk termasuk rasuah, salah guna kuasa, nepotisma dan kronisma serta beberapa masalah peribadi dan moral. Ini diketahui oleh rakyat secara umumnya melalui maklumat alternatif parti pembangkang. Apabila kabinet pemerintah ditubuhkan pada tahun 2004 lalu, rakyat kecewa kerana mereka ini masih dikekalkan. Dan lebih membuatkan rakyat marah, pemimpin yang korup ini terus dicalonkan dalam pilihanraya umum ke -12 ini di kerusi-kerusi yang dianggap selamat seolah-olah tiada muka baru lagi yang layak menggantikan mereka.

Seterusnya kegagalan menguruskan ekonomi dengan baik juga menjadi faktor yang besar dalam PRU kali ini. Rakyat secara umumnya telah merasai keperitan dengan kenaikan harga minyak, makanan, tol-tol lebuhraya yang banyak serta barangan keperluan yang lain. Umum arif mengenai gaya perbelanjaan parti pemerintah yang nampak sangat boros dan kurang hikmah. Sudah pasti media-media arus perdana tidak melaporkan kesemua ini, tapi media-media alternatif termasuk blog-blog telah banyak menyiarkannya dan dipihak kerajaan memerintah pula tidak menafikannya malah hanya berdiam diri. Ini menyebabkan rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap gaya kepimpinan mereka. Keuntungan bersih Petronas sebanyak RM 80 Billion antara yang banyak dipersoalkan tentang bagaimana ia diuruskan. Pada zaman mantan TPM yang dipecat Datuk Seri Anwar Ibrahim, keuntungan Petronas ketika itu hanya sekitar 30 Billion namun harga minyak berjaya dikekalkan selama 8 tahun di paras RM 1.10/liter. Seharusnya keuntungan yang hampir 3 kali ganda kini dapat diterjemahkan kepada harga minyak yang lebih rendah. Percubaan parti memerintah memperbodohkan rakyat nampak gagal apabila membandingkan harga minyak Malaysia dengan negara-negara asia yang bukan pengeluar minyak. Seharusnya harga minyak kita dibandingkan dengan Arab Saudi, Qatar atau sekurang-kurangnya Brunei yang merupakan negara pengeksport minyak seperti kita.

Selain itu 'muak' rakyat Malaysia terhadap kempen melampau dan sangat berat sebelah parti pemerintah yang menggunakan jentera kerajaan secara besar-besaran serta media arus perdana dan menyalahgunakan RTM sebagai stesyen televisyen kerajaan mungkin telah diterjemahkan melalui undi protes pada PRU kali ini. Bagi yang mengikuti perkembangan melalui media arus perdana, pasti tidak menjangka langsung kejatuhan 5 negeri sekaligus kepada pembangkang mampu berlaku. Ini kerana perspektif yang cuba digambarkan oleh media perdana Malaysia sepanjang 13 hari tempoh berkempen adalah sangat manis dan teguh buat parti memerintah. Disebabkan itulah saya menyatakan dalam perenggan awal kenyataan ini bahawa ia akan menjadi satu kejutan yang besar andai seseorang hanya mengikuti perkembangan secara berpihak. Walaupun jentera parti memerintah, setelah melaburkan dana yang banyak, berjaya menenggelamkan bendera-bendera parti pembangkang, tapi itu bukan lagi sesuatu yang menentukan menang kalah sesuatu parti. Kematangan rakyat telah mencapai tahap membanggakan dan tiada lagi yang mempercayai provokasi liar parti pemerintah yang memainkan unsur ketakutan untuk rakyat membuat perubahan. Rakyat kini telah terdedah kepada informasi yang bukan sedikit, bahkan tidak mampu dibendung lagi.

Keegoan dan kesombongan si ego dan si sombong telah mendapat balasan setimpal dari rakyat. Yang bercakap besar dan tidak pernah mahu mengaku kesalahan diri sendiri telahpun ditunjukkan jalan keluar. Yang baru dan telah mempersembahkan idealisma mereka pula kini diberi peluang menerajui kepimpinan beberapan negeri. Kini barisan pembangkang bukan lagi 'Barisan Pembangkang Biasa'... Mereka kini menerajui 5 daripada 13 kerajaan negeri dimana Negeri Sembilan juga hampir-hampir jatuh ke tangan pembangkang. Ia pastinya memberi teladan yang tidak sedikit buat kepimpinan utama parti pemerintah walaupun misi utk melihat mereka memberi laluan kepada orang lain agak mustahil. Apapun istilah yang digunakan samada tsunami, taufan, kegoncangan, angin peralihan, proses kematangan, sejarah dan kejutan... kita sendiri mampu berfikir mengenainya impaknya.

Nama-nama besar dalam barisan kabinet kerajaan memerintah penggal lalu gugur satu-persatu. Saya secara peribadi melihat perkembangan ini lebih kepada sentimen nasional. Ia bukan sepenuhnya disebabkan oleh personaliti mereka itu sendiri. Saya bersetuju ada diantara bekas Menteri dan Timbalan Menteri yang kalah ini telah berkhidmat dengan baik kepada rakyat; namun apabila sentimen nasional ini bermain kencang disesuatu kawasan contohnya di Lembah Kelang, maka mereka terpaksa menerima tempiasnya. Namun, bagi Pulau Pinang secara khususnya, saya merasakan ia sesuatu yang membina walaupun pada dasarnya DAP bukanlah parti yang menjadi pilihan langsung. Harapan saya PKR dapat memainkan peranan terbaik bagi mengimbangi idealisma pakatan kerajaan baru supaya lebih stabil dan sesuai serta turut cuba untuk melibatkan seorang ADUN PAS dalam barisan kepimpinan yang akan dibentuk kelak sekurang-kurangnya sebagai pemegang portfolio agama dan hal ehwal orang melayu melihatkan pengalaman beliau yang lama dalam DUN Pulau Pinang.

Suara rakyat telahpun bergema menzahirkan keinginan dan harapan baru untuk Malaysia... Saya doakan semoga corak kepimpinan dalam negara yang tercinta ini akan berubah secara drastik setelah diwujudkan check and balance yang kuat hasil keputusan majoriti rakyat. Buat pengkagum Parti Pemerintah, anda boleh memulakan intaian dan analisa anda tentang kebolehan dan kemampuan kerajaan baru di 5 negeri utara tanahair kita.. Akhirnya, marilah sama-sama kita bersatu kembali dan bermuhasabah serta menguatkan tekad untuk bersama membangunkan negara ini dengan lebih BERSIH, ADIL, AMANAH, CEKAP, TELUS dan HIKMAH.


Wallahua'lam


Tun Ir. Abdul Muiz Abdul Wahab
B. Eng (Biotechnology), IIUM
Minor Business Administration (IIUM)
-10 MAC 2008-
Pulau Pinang, Malaysia.


Friday, March 07, 2008

PRU 12: It's a final COUNTDOWN..!!!

AWAS..!!!
SEGALANYA MAMPU BERLAKU MALAM INI...
Perang Pasikologi Tahap AKHIR...!!!
Bukalah MINDA Seluasnya..
Jika anda rasakan anda berjuang atas LABEL ISLAM.. Jaga AKHLAK...!!!
Jauhi sentimen ala JAHILIAH dengan menerima CERCAAN peribadi dan MAKI hamun...
Jangan TAKSUB..!!
Jangan TAKSUB..!!
Jangan TAKSUB..!!
Sesungguhnya ia menghijab kehebatan minda insan..
Ingat Pesan Allah di dalam Al-Quran:
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." (AL-MAIDAH, 8)
Pilih yang BENAR.. Pilih yang TEPAT.. Pilih Pemimpin yang 'Qawwiyun Amin*'...
Ikutlah apa yang digariskan oleh SYARIAT...
Semoga UNDI saya dan anda semua ada nilainya disisi ALLAH Jalla Wa'ala...
* - Yang mempunyai kekuatan/kelayakan/kebolehan dan yang benar/jujur/bersih.
P/S: Warkah ini hanya utk yang LAYAK mengundi.. Golongan selain itu tak perlu ambil pusing sangat.. hehe.. ;)
- JOM TAJDID -

Tuesday, March 04, 2008

PILIH CALON BUKAN PARTI...! - S.S. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Mufti Perlis)


"Saya tidak bersetuju mengundi hanya berdasarkan jenama parti semata. Ini adalah cara fikir yang menghalang proses kemajuan negara. Akhirnya, rakyat menjadi fanatik parti dan tidak menggunakan lagi akal fikiran menilai siapakah yang diundinya. Jika semua pengundi berfikiran demikian maka tidak akan berlaku persaingan kualiti calon. Ini boleh menyebabkan ‘si bodoh’ atau ‘perasuah’ atau orang yang rendah moralnya akan terpilih dek kerana parti yang diwakilinya. Ini adalah cara fikir yang tidak berdaya saing dan jumud."

S.S. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Mufti Kerajaan Negeri Perlis


Lanjut di sini:




Pesanan Khidmat Masyarakat dari:

Kalau anda ada taste, anda mesti pilih yang ASLI..!!!

JOM TAJDID...!!!

Monday, March 03, 2008

"TOLONG JANGAN UNDI SAYA...!!!

"TOLONG JANGAN UNDI SAYA...!!! Tolong yer.. TOLONGGGG...!!! "
- Dato' Pirdaus Ismail -

Satu lagi pesanan khidmat masyarakat daripada..

Gambar Dan Idea Asal Ehsan: www.al-ahkam.net/zain-ys

Thursday, February 28, 2008

Selamat Berjuang Nenek...!!!

PESANAN PENAJA:

" Kalau aku di Parlimen Kuala Terengganu, pasti aku akan memilih Nenek Maimun ini sebagai Ahli Parlimen. Semoga gelombang perubahan ini memihak padamu..."
-ibnularaby-


Fikir-fikirkan dan selamat beramal...!!! -PRO-TAJDID-


Grandma: I, too, have my supporters

KUALA TERENGGANU: Grandmother Maimun Yusuf, who is vying to be the Kuala Terengganu member of parliament, is worried she’s being stalked.
The 89-year-old kain songket trader said she was campaigning in Chabang Tiga yesterday when she noticed a car with a man and a woman following her.
“I had just received 1,000 copies of my poster from the printing company in the morning and was distributing them when I noticed a car following me around.

Independent woman: Maimun busy sticking her election posters outside her home in Gong Gemia, Terengganu.

“There was a man and a woman inside. I did not recognise them,” said the grandmother of seven who is the oldest candidate in this general election.
“I do not know them but they left after I finished talking to the people.
“Luckily they meant no harm,” said Maimun when met at her dilapidated rented kampung house in Gong Gemia where she was busy pasting posters on the walls.
Although late in kicking off her campaign as she only received her posters yesterday, Maimun found she had to re-order another 4,000 copies.
Using her trusty red bicycle, her first stop was Chabang Tiga where she greeted the people and told them to vote for her symbol – the keys.
Pressmen were amused to see that Maimun, who is fondly known as Tok Mun, had rebuilt the steps leading up to her house.
“I know you were all scared to climb up the other day. That’s why I paid RM300 to build a new one,” she said, causing one reporter’s face to redden.
Maimun quashed the notion that she was able to pay for her campaign expenditure because of her links to royalty.
She has so far spent RM10,000 to register as a candidate, in addition to another RM3,000 on election and campaign preparations.
“I’ve also just enlisted some help to build a pondok (to be her election operations room) in Chabang Tiga. It only cost me RM200,” she added.
Asked how she expects to fare against PAS vice-president Mohamad Sabu and Barisan Nasional incumbent Datuk Razali Ismail, she said: “I have my supporters too”.


Sumber:http://www.thestar.com.my/election/story.asp?file=/2008/2/28/election2008/20471828&sec=election2008


Tuesday, February 26, 2008

Monday, February 18, 2008

Tunggu PANGKAHANKU wahai bakal YB ...!!

TAK SABAR-SABAR RASANYA NAK MEMANGKAH...!!

Kenapa ye??

ENTAHLAH.. RASA CAM PANAS SEMACAM JERK...!!

Masing2 ada tugas dan tanggungjawab...



Ini kan hak kita.. (Kecuali yang belum cukup umur..! )



Dalam benak minda seolah sudah ada lambang itu..

Apakah ia DACING LAMA??

Mungkin tidak.. tiada siapa yang mahukannya lagi.. (Org dah pakai elektronik daaa...)

Apakah ia lambang MATA ??

Hmm.. Belum tentu juga.. Kerna 'mata' yang aku kagumi dulu kian pudar...

Apakah ia satu ROKET ANGKASA ??

Ha.ha.ha..! Tak mungkin... Mana mungkin aku meredhainya.. Tak sesuai utk dilancarkan di negeri dan negaraku yg tercinta ini...
Apakah ia BULAN PURNAMA ??
Huhu.. Susah nak dikata... Dah lamaaaaa tak nampak kat sini...!!! Gelapppp je...



DAH tu..!??
Hang nak undi partai mana nih???

Eh2.. Kasar nampak.. Undi tu kan RAHSIA...!!!

Ha.. Ha.. Ha..!!!
Relaks...!!


Yang penting kita PEDULI...!
Ya.. Peduli...!!!


P/S: Dah.. dah.. Pegi buat keje.. Pasang bendera ka.. Tampal poster ka...!!

Jika anda ada taste, anda mesti pilih yang asli...!!!


- Jom Tajdid -

Wednesday, February 13, 2008

Gendang Itu Akhirnya Dipalu...!!!

PEPERANGAN AKAN BERMULA TAK LAMA LAGI...!!!

SUDAHKAH RAKYAT MALAYSIA BERSEDIA ??

ATAU MASIH LENA ??

Ha.. Ha.. Ha..!!!

PUTRAJAYA 13 Feb. - Parlimen dibubarkan hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan dalam tempoh 60 hari.
Serentak dengan itu semua Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali Sarawak, turut dibubarkan.
Pengumuman pembubaran Parlimen itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar di sini hari ini.
Ia dibuat selepas Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi ini bagi mendapatkan perkenan Seri Paduka.

Jom pilih yang asli...!!!

-Pro-Tajdid-

Tuesday, February 12, 2008

AHAKS...!!! :)(:


Dunia dah maju jauh ke depan..
Persiapan musuh juga sudah sangat rapi...

Tapi seolah masih ada yg tak kena dengan 'Mat' dan 'Minah' sekelilingku..
Naper ek??

Semua nk kena bagi tahu ke??
Di manakah keupayaan itu?

Hilang ? Pudar ? Koma ? Atau Mati ??

Oh.. Tidak..!!!

"Dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar".

[Al-Ankabut, 45]


Kalau anda ada taste, anda mesti cari yang asli... :)

-Pro-Tajdid-

Thursday, January 31, 2008

Innalillahi Wainna Ilaihi Raji'un...

Dalam Kenangan..


Datuk Seri Utama Diraja Datuk Ishak Bin Baharom Rahimahullah



“Beliau adalah guru yang sangat alim, tinggi ilmu agama dan tinggi akhlaknya. Malah Allahyarham yang saya kenali juga seorang yang berpendirian tegas serta tidak berkompromi terutamanya yang menyentuh soal amar makruf nahi mungkar. "

- Datuk Md. Hashim Yahya(Bekas Mufti Wilayah Persekutuan)

"Seorang ulama yang cukup gigih, berani, tegas dalam berdakwah sehingga disegani kawan dan digeruni lawan."

Datuk Seri (Dr.) Hj. Harussani Zakaria (Mufti Kerajaan Negeri Perak)

------------------------------------------------------------------------

"Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan kedalam syurga,maka sungguh ia telah beruntung, Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." Al Quran, Ali Imraan (3:185)

Tuesday, January 29, 2008

Yang Benar Tetap Benar...


Dipetik Dari: http://drmaza.com
(Klik pada imej untuk lebih jelas)

Thursday, January 24, 2008

AWAS... FAHAMAN EKSTRIM AHBASH !!!

AWASI PEMIKIRAN ANDA DARI PENCEMARAN IDEOLOGI GOLONGAN...

AHBASH..

Mereka mengkafirkan siapa sahaja yang berbeza pendapat dengan mereka... Ramai yang telah menjadi mangsa mereka termasuk ulama2 terkenal dan telah berjasa kepada ummah...



Mengapa mereka tiba2 aggresif ???

Apakah kerana artikel disini ?

Al-Ahkam.Net


Atau perenggan ke-20 dalam artikel ini?
drmaza.com



Tatkala rakyat Malaysia ingin diangkasakan, rupa2nya masih ada yang jauh tercicir mindanya daripada arus perdana masyarakat...

Mengapa begitu dangkal tahap intelek mereka?



Takfirrr ??? Bukan sesuatu yang sesuai lagi untuk zaman ini sebagai penyelesai perbezaan pendapat...


It's Now 1429 H.. Bukan zaman jahiliah...!!!!



Apakah ini ciri ASWJ yang anda maksudkan ???


Anda lihat komen2 mereka ini dan fikirkanlah sendiri...
Dari: Al-Ahkam.net

Lanjut ttg Ahbash:

http://bankahbash.blogspot.com

http://www.whyislam.org/forum/forum_posts.asp?TID=5001

http://abusyuaib.blogspot.com/




Monday, January 14, 2008

Ni Ha Amalan Murah Rezeki...! Apa Yang Kau Tahu..? Ha ha ha...

Tersenyum aku baca mesej nih... Alaaaaahaaaiiii..!

Isi penuhnya berbunyi begini ye..:
"Amalan Murah Rezeki:
Mula ahad pertama bulan muharram (esok) baca 70X fatihah diikuti Isnin 60X, Selasa 50X hingga sabtu 10X. Selamat Tahun Baru 1429H."

Eh eh.. Ada wahyu baru turun ke? Ada sumber ?
Hahahhaha.. Agak2 sapa la nk bagi rezeki nih ek kalau ia bukan saranan Allah dan Rasul?
Org yg fwd message nih ke?
Kalau tak murah gak camner? Sapa nk dipersalahkan...
Apakah ukuran murah tak murah rezeki nih? Measurable ke? Hmmmm...
Agak kasar ye..!

Ya Allahhh.. Ampunlahkan Aku... Sesungguhnya Engkau Maha pemberi rezeki..
Bukan hanya untuk hambamu yang beriman semata, tetapi buat semua makhluk di alam maya ini...!

Tapi malang sungguh.. mengapa selepas 14 Abad peristiwa Hijrah berlalu, ke'mangkuk'an ini masih berlaku..? Hijrah apakah yg kau fahami wahai saudara2ku..

Alahaaiiiii...
Tahun Baru... Tapi... Minda Masih Beku???

Kalau anda ada taste.. anda mesti cari yg asli..!! Renung2kan...

Jom TAJDID..!

-ibnularaby-

P/S: Buat saudara yg tolong fwd msg nih.. Andai anda terbaca komentar ini, jutaan ampun dan maaf saya pohonkan. Tapi sanubari saya kuat berkata.. "Dah sampai masanya kepala2 kita menerima sedikit KETUKAN.. supaya ia tidak terus beku dan statik..!" Ampunkan daku yer.. Huhu..

Wednesday, January 09, 2008

Fourteen Twenty Nine.. Salam Hijratur Rasul S.A.W

Samada kita sedar atau tidak, realitinya, 1429 tahun lalu telah berlaku satu penghijrahan agung yang melibatkan perjalanan penuh pengorbanan oleh Rasul tercinta bersama para sahabah ridhwanullah alaihim ajma'in. Ia merupakan lembaran baru dalam catatan sejarah perkembangan dakwah Rasulullah buat masyarakat Arab. Walaupun Makkah merupakan bumi kelahiran baginda yang sangat dicintai, namun kerana 'ketidaksuburannya' kepada dakwah Islamiyyah, maka tiadalah kegusaran pada diri Rasulullah untuk bergerak ke kota Madinah setelah 13 tahun baginda mencuba di sana. Di Madinah, suasananya lebih lunak. Orang2 Ansar menyambut Nabi SAW dengan penuh rasa gembira bersyukur. Begitulah secara ringkasnya apa yang terjadi 14 Abad yang lalu walaupun Muharram bukanlah disepakati sebagai bulan peristiwa Hijrah ini berlaku... (Lihat Al-Rahiq Al Makhtum oleh Syeikh Al Mubarakfuri)

Peristiwa ini semestinya bukan berlaku sekadar suka-suka saja.. Namun pastinya ada mutiara yang ingin ditunjukkan oleh baginda buat umatnya. Peristiwa ini jugalah yang menjadi asbabul wurud hadith pertama yang dicatatkan oleh Imam Al Bukhari Rahimahullah didalam kitab Sahih beliau yang juga turut dicatatkan oleh Imam Muslim Rahimahullah:

ٳنما الٲعمال بالنيات و ٳنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله و رسوله فهجرته
ٳلى الله و رسوله و من كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه

Daripada Umar R.A. katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat. Dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu dikahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya. (Sahih - Muttafaqun 'Alaih)
Begitulah peranan besar niat.. Namun ia bukan lesen untuk kita melakukan apa saja hanya kerana niat yang baik. Agama punyai syariat yg sudah cukup lengkap. Tidak perlu tokok tambah yg mampu menyebabkan hilangnya seri agama syumul ini. Maka hadith ini perlu difahami dengan kerangka yang lebih terkawal supaya kita tidak 'memborong' habis semua amalan dengan menggunakan hadith sahih diatas sebagai dalil. Sesungguhnya agama datang untuk mengawal tingkah laku manusia. Dan kaedah feqah pula seperti mana yang telah digariskan dan dipersetujui oleh bukan sedikit para fuqaha telah pun jelas memberi petunjuk umum dalam setiap pekara yang dilalu dalam hidup ini.

Salah satu yang sangat berguna dan amat penting untuk kita maklumi dalam menilai sesuatu amalan adalah konsep yang berikut

"Asal sesuatu perkara itu(perkara berkaitan muamalat dan kehidupan dunia) adalah HARUS, sehinggalah ada dalil yang jelas mengharamkannya, bagaimanapun asal sesuatu ibadah itu adalah HARAM, sehinggalah ada nas dan dalil mensyariatkan melakukannya"
Mari kita petik beberapa kata ulama fiqh dalam masalah ini. Antara yang masyhur adalah perkataan al-Imam as-Subki seperti yang dinukilkan oleh Imam Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani as-Syafi’ie:

اَلْأَصْلَ فِي اَلْعِبَادَةِ اَلتَّوَقُّف
“Asal hukum di dalam ibadat adalah tawaqquf (berhenti hingga ada dalil)”. (Lihat Fath al-Bari: 4/174) - Fathul Bari adalah syarah kepada Sahih Bukhari karangan Imam dalam bidang hadis yang terkenal, Ibn Hajar.

Kata tokoh besar umat ini, Syeikhul Islam Ibnu Taimyyah Rahimahullah:
“Maka dengan membanci usul syariah, kita mengetahui bahawa ibadat-ibadat yang diwajibkan oleh Allah atau yang disukai oleh Allah tidak thabit (kewujudannya) melainkan dengan dalil syarak. Adapun adat, adalah kebiasaan manusia tentang dunia mereka daripada apa yang diperlukan oleh mereka, dan asal hukum di dalam hal ini adalah tidak dilarang, oleh itu tidak dilarang melainkan apa yang dilarang oleh Allah S.W.T.
Demikian itu kerana perintah dan larangan adalah syariat Allah dan ibadat tidak boleh tidak mestilah sesuatu yang diperintahkan, maka apa-apa yang tidak thabit bahawa ia diperintahkan bagaimana hendak dihukum bahawa ia adalah ibadah? Begitu juga sesuatu yang tidak thabit di dalam ibadat bahawa ia dilarang, bagaimana boleh dihukum bahawa ia dilarang? Oleh demikian, Ahmad (Al Imam Ahmad bin Hanbal) dan selain beliau dari kalangan Fuqaha’ ahli hadith berkata: Sesungguhnya asal hukum di dalam ibadat adalah tawqif (berdasarkan dalil), maka tidak disyariatkan daripadanya melainkan apa yang disyariatkan oleh Allah Taala”.
(Lihat Majmu‘ Fatawi Ibn Taymiyyah: 6/452).

Maka, dalam seruan ringkas ini, ingin daku mengajak supaya marilah kita sama-sama kembali memerhati dan menilai secara inci demi inci akan setiap amalan terutama perihal ibadah kita. Inilah antara gerak Tajdid terpenting dalam zaman kemunduran umat kini agar dapat kita sama-sama berada didalam arus untuk mengembalikan agama kepada kerangka asalnya seperti yang diamalkan pada zaman Rasul dan dengan cara yang difahami oleh para salaful ummah. Soalan yg perlu bermain dibenak minda kita bila melalui sesuatu amal ibadah ialah..." Apakah amalan ini berasal dari Rasul? Jika ya apakah dalilnya?" Sudah tentu jawapannya tidak akan datang sendiri pada kita kerana kebanyakan kita bukanlah ahli dalam agama. Maka disinilah terbuka luasnya ruang untuk mencari... Carilah.. Pasti di akhirnya kita akan mendapat kepuasan bila mengetahui.. Inilah amalan yang pernah dilaksanakan Rasullah S.AW...
Dari 'Abdullah bin Mas'ud radhiyallahu 'anhu bahwasanya beliau apabila melihat para pemuda giat mencari ilmu, beliau berkata: "Selamat datang wahai sumber-sumber hikmah dan para penerang kegelapan. Walaupun kalian telah usang pakaiannya akan tetapi hati-hati kalian tetap baru. Kalian tinggal di rumah-rumah (untuk mempelajari ilmu), kalian adalah kebanggaan setiap kabilah." (Jaami' Bayaanil 'Ilmi wa Fadhlih, karya Al-Imam Ibnu 'Abdil Barr, 1/52)
"Ya Allah.. Jadikanlah amalan kami ini amalan yang baik seperti mana yang pernah dilakukan oleh kekasihMu dan terimalah ia dari kami yang dhaif ini dan masukkanlah kami ke dalam Jannah Mu..."
Kalau anda ada taste.. anda mesti cari yg asli..!! Renung2kan...
JOM TAJDID..!
-ibnularaby-

Rujukan:

http://soaljawab.wordpress.com/2007/12/21/asal-pada-ibadah-ia-haram/

http://drmaza.com/?p=179